Pelbagai resipi kubis bunga yang boleh dicuba seperti sayur campur kubis bunga, kubis masak sos tiram dan sebagainya lagi.
Selain itu, ada satu lagi resipi lain yang jarang dimasak oleh orang ramai iaitu resipi bunga kubis masak manchurian.
Menu perkongsian oleh Encik Pari Malar Thoraisingam ini tidak rasa seperti sayur sama sekali. Malah, rasanya seakan sama seperti lauk ayam.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi lengkap di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
1. Potongkan bunga kubis kepada saiz gigitan. Pastikan tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Cuci sehingga bersih.
2. Gaul dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan 4 sudu tepung jagung. Renjiskan juga dengan sedikit air.
3. Apabila sudah digaul sebati, goreng dengan minyak sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
4. Tumis bawang putih, merah dan halia.
5. Apabila sudah naik bau, masukkan 2 sudu serbuk kari ikan, 1/2 sudu serbuk cili, sedikit garam, gula dan kubis yang digoreng tadi.
6. Masukkan lobak merah dan cili benggala. Masukkan juga tomato. Gaul dan masak sekejap.
7. Kemudian, letakkan 1/2 sudu sos tomato. Gaul selama 1 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Pari Malar Thoraisingam
Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…