Categories: Resipi

Donut Labu Anti Gagal, Ini Cara Betul Buat Doh

 

Resipi donut labu yang gebu gebas ini sesuai untuk menu makan petang. Padankan pula dengan teh O panas atau kopi O, memang layan sungguh!

Kombinasi labu kuning yang lembut umpama kapas dan tekstur yang gebu, pasti menjadi kegemaran semua orang di rumah.

MyResipi akan kongsikan resipi penuh oleh Anita Daniels Kitchen menerusi laman sesawang Facebook. Pencinta kuih manis, wajib cuba resipi ini di rumah!

Baca juga: Cara Buat Pai Daging Carbonara, Baru Kelas Kau Jah

RESIPI DONUT LABU GEBU GEBAS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
  • 1 1/2 cawan susu Dutch Lady suam
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar mentega cair atau minyak
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar yis Mauripan
  • 620 gram tepung gandum (tambah sekiranya perlu)
  • Secubit garam

Bahan-bahan tambahan:

  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
  • Serbuk kayu manis

Cara-cara membuat:

1. Campurkan yis Mauripan dengan 1/2 cawan susu suam dan 1 sudu kecil gula. Kacau hingga berbuih dan biarkan sebentar.

2. Blend atau kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli yang sesuai.

3. Masukkan semua bahan lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam dan campuran yis yang telah berbuih tadi. Gaul rata dengan tangan.

4. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga terbentuk doh yang lembut. Tutup bekas menguli dengan tuala bersih dan biarkan doh naik sekali ganda.

Cara-cara membentuk doh:

1. Selepas doh naik sekali ganda, tumbuk-tumbukkan  untuk mengeluarkan angin. Jika melekat di tangan, salutkan tangan dengan sedikit minyak.

2. Timbang doh seberat 40 gram setiap sebiji atau ikut saiz donut yang diinginkan. Bulatkan doh dan leperkan sedikit seperti membuat cucur badak. 

3. Susun di atas dulang yang telah disapu minyak atau ditabur dengan tepung.

4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

5. Goreng donut hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan sebentar sebelum disalutkan dengan gula kastor atau serbuk kayu manis.

Selamat mencuba resipi ini untuk hidangan petang!

Kredit resipi: Anita Daniels Kitchen

Baca juga: Puding Blueberry Cincau, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

12 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago