Categories: Kesihatan

Kuali Hitam Legend BAHAYA? Jangan Ambil Mudah, Boleh Sebabkan Kanser! Ahli Kimia Ini Dedah Sebabnya..

Pasti ramai yang masih menggunakan kuali hitam atau periuk yang hitam legam kerana ia dianggap kuali legend.

Namun, tahukah anda peralatan memasak seperti ini berbahaya untuk kesihatan tubuh badan manusia? Jom ikuti perkongsian oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang menerangkan sebab kenapa kuali hitam ini bahaya untuk digunakan.

ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND?

Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang sudah menjadi hitam legam, legend katanya. Tahukah anda peralatan memasak sebegini amat merbahaya?

YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.

Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.

Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.

Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:

  • Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
  • Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
  • Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping. Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.

Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.

Nota:

  1. Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
  2. Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Fatimah Salim

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago