Pecal merupakan salah satu sajian masyarakat Jawa yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.
Boleh nikmatinya bila-bila masak sama ada pada waktu sarapan, makan tengahari atau malam.
Rahsia keenakannya terletak pada kuah, kalau ‘power’ kuahnya maka sedaplah pecal anda.
Nak cuba masak? Jom guna resipi dari Nur Aida di bawah. Menurutnya resipi ini asli dari Banyuwangi, Indonesia.
“Ya Allah enaknya!! Tambah pulak bawang goreng, keriuk2 bawang goreng tu gurih bangettt. Resepi ni asli buatan kenalan Indonesia, rasanya pedas, cukup rasa kencur, gurin & enak. Nak ambil buat meniaga memang tak menyesal dan sedap.”
1. Kacang dicuci dan digoreng, lepas tu diblend halus masukkan dalam bekas.
2. Kencur, cili, bawang putih, daun limau, gula melaka digoreng dan diblend kering.
3. Masukkan campuran no 2 ke dalam campuran no 1. Masukkan garam secukup rasa.
4. Simpan dalam bekas kering, bila nak makan, tambah je air panas.
4. Bila kuah sudah siap, hidangkan bersama bayam, taugeh, kangkung dan kacang panjang yang sudah direbus serta tauhu dan tempe goreng.
Selamat mencuba!
Kredit: Nur Aida Md Zainuddin
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…