Categories: Resipi

Kuah Lodeh Dan Rendang Ayam Goreng, Memang Tak Jemu Makan Dibuatnya!

Kuah Lodeh dan Rendang Ayam Goreng merupakan salah satu menu yang sering menjadi tumpuan setiap kali sambutan Hari Raya Aildilfitri. Ia juga antara hidangan tradisional melayu yang kaya dengan rasa dan aroma yang memikat selera!

Kuah lodeh dihasilkan dari campuran aneka sayuran yang dimasak dengan santan. Antara sayur yang digunakan adalah kacang panjang, sengkuang, kubis dan sebagainya lagi.

Baca juga: Rendang Ayam Cili Api, Memang Sedap Pedas, Barulah Nismilan!

Sementara itu, rendang ayam goreng pula sedikit berbeza dari rendang biasa. Ayam akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak menjadi rendang yang pekat dan berempah.

Kedua-dua hidangan ini adalah pilihan yang sempurna untuk memeriahkan lagi suasana kemeriahan sambutan Hari Raya. Mari ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh Hayati Abdullah menerusi akaun TikTok miliknya.

RESIPI KUAH LODEH DAN RENDANG AYAM GORENG

1. KUAH LODEH

Bahan-bahan Kisar:

Bahan-bahan Lain:

  • Serai dititik
  • Lengkuas dititik
  • Santan
  • Air secukupnya
  • Kiub Ikan Bilis
  • Garam secukup rasa
  • Kacang Panjang
  • Carrot
  • Sengkuang
  • Kubis
  • Tempe yang digoreng
  • Udang
  • Hirisan Cili Merah
  • Suhun direndam air biasa

Cara-cara:

1. Masukkan bahan kisar, serai, dan lengkuas ke dalam periuk bersama santan dan air secukupnya.
2. Masukkan kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Bila mendidih, bolehlah masukkan kacang panjang, carrot, dan sengkuang. Apabila hampir empuk, masukkan pula kobis dan tempe goreng.
4. Kemudian masukkan udang, cili merah, dan suhun. Gaul rata dan biarkan mendidih sekejap sahaja sebelum menutup api.
5. Kuah lodeh siap untuk dihidangkan.

2. RENDANG AYAM GORENG

Bahan-bahan Kisar:

  • 3 biji Bawang Merah Besar
  • 7 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Halia
  • 5 batang Serai
  • 2 inci Lengkuas
  • 3 inci Kunyit Hidup
  • Segenggam Cili Kering (direndam air panas hingga lembut)

Bahan-bahan Lain:

  • 2 ekor Ayam digaram kunyit dan digoreng separuh masak
  • 3 batang Serai dititik
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 3 keping Asam Keping
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping gula nisan
  • 2 kotak kecil Santan
  • 2 sudu besar Kerisik
  • 3 helai Daun Kunyit
  • Secekak Daun Limau Purut

Cara-cara:

1. Kisar bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, dan cili kering.
2. Goreng ayam yang telah digaram kunyit hingga separuh masak.
3. Tumis bahan kisar bersama serai dititik hingga harum dan masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, dan serbuk jintan manis.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng, asam keping, garam, dan gula nisan. Kacau rata.
5. Tuangkan santan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
6. Masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut.
7. Biarkan sehingga kuah pekat dan ayam empuk.
8. Rendang ayam goreng siap dihidangkan.

Nota tambahan: Goreng ayam terlebih dahulu supaya isinya tidak mudah hancur semasa proses memasak yang agak lama untuk pekatkan kuah.

Video penuh:

@kak_t68

KUAH LODEH Bahan2 kisar: 🔅Bawang Merah 🔅Bawang Putih 🔅Kunyit Hidup 🔅Udang Kering yang direndam air panas Bahan2 Lain: 🍲Serai dititik 🍲Lengkuas dititik 🍲Santan 🍲Air secukupnya 🍲Kiub Ikan Bilis 🍲Garam secukup rasa 🍲Kacang Panjang 🍲Carrot 🍲Sengkuang 🍲Kobis 🍲Tempe yang digoreng 🍲Udang 🍲Hirisan Cili Merah 🍲Suhun direndam air biasa Cara2: 📍Masukkan bahan kisar, serai dan lengkuas ke dalam periuk bersama santan dan air secukupnya.. 📍Masukkan kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam secukup rasa.. 📍Bila mendidih, boleh lah masukkan kacang panjang, carrot dan sengkuang..dah hampir empuk masukkan pula kobis dan tempe goreng.. 📍Kemudian masukkan udang, cili merah dan suhun.. Gaul rata..biarkan mendidih sekejap aje dan terus tutup api.. 📍Siap kuah lodeh RENDANG AYAM GORENG Bahan2 Kisar: 🍂3 biji Bawang Merah Besar 🍂7 ulas Bawang Putih 🍂2 inci Halia 🍂5 batang Serai 🍂2 inci Lengkuas 🍂3 inci Kunyit Hidup 🍂Segenggam Cili Kering (direndam air panas hingga lembut) Bahan2 lain: 🍗2 ekor Ayam digaram kunyit dan digoreng separuh masak 🍗3 batang Serai dititik 🍗1 sb Serbuk Jintan Putih 🍗1 sb Serbuk Ketumbar 🍗1 sb Serbuk Jintan Manis 🍗 3 keping Asam Keping 🍗Garam secukup rasa 🍗1 keping gula nisan 🍗2 kotak kecil Santan 🍗2 sb Kerisik 🍗3 helai Daun Kunyit 🍗 Secekak Daun Limau Purut Bahan2 Kisar: 🍂Bawang Merah 2 bj 🍂Bawang Putih 7 ulas 🍂Halia 3 inci 🍂Serai 🍂Lengkuas 🍂Kunyit Hidup 🍂Cili Kering Cara2 boleh refer di Reels🎥 📍Kepekatan kuah rendang bergantung pada citarasa masing2.. 📍TIPS : Ayam digoreng terlebih dahulu supaya isinya tidak mudah hancur semasa proses memasak yang agak lama untuk pekatkan kuah.. #lontong #kuahlodeh #rendangayam #rendangayammerah #juadahraya #fyp #menuviraltiktok #foryoumalaysia

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

Baca juga: Teknik Cuci Pinggan Mangkuk Lekat Lemak Sup, Guna Satu Bahan Ini

Sumber: Hayati Abdullah

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

1 hour ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

4 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

5 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

8 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

8 hours ago