Categories: Resipi

Lelaki Ini Dedah Cara Mudah Buat Kuah Kacang 3 Bahan, Resipi Turun-Temurun!

Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan kuah kacang resepi guna 3 bahan. Menurutnya, resipi ini adalah turun-temurun yang dipelajari dari ayahnya.

Bukan hanya menggunakan bahan yang ringkas, cara penyediaannya juga cukup senang dan tidak renyah.

Selain resipi kuah kacang, beliau turut berkongsikan resipi cucur udang dan petua supaya lebih rangup selepas digoreng. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

KUAH KACANG RESEPI GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan utama:

Bahan perasa:

Cara membuatnya:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak dengan api perlahan. Masukkan cili dan goreng sampai cili garing.
  2. Kemudian, tapis cili kering dan kisar bersama air asam jawa sehingga halus. Ketepikan seketika.
  3. Selepas itu, goreng pula kacang tanah dalam minyak bekas goreng cili kering tadi.
  4. Tapis kacang dan terus masukkan ke dalam pengisar berisi cili kering tadi.
  5. Kisar kacang bersama cili kering sehingga halus.
  6. Kemudian, tuang semua bahan kisar ke dalam kuali. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  7. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

RESIPI CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Serbuk kunyit
  • Udang
  • Daun kucai
  • Tauge
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung gandum dan serbuk kunyit dengan air. Guna air sejuk supaya rangup. Masukkan juga dengan garam dan gula secukup rasa.
  2. Selepas tepung sudah sebati dengan air, masukkan udang, daun kucai dan tauge.
  3. Sambung gaul sehingga semuanya bercampur rata.
  4. Goreng cucur udang menggunakan minyak goreng cili dan kacang tadi sahaja.
  5. Cucur udang sedia untuk dimakan dengan kuah kacang tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Noor Azreen Aziz

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

4 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

4 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

5 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

5 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

5 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago