kuah kacang berdaging

Kuah kacang berdaging ini mempunyai rasa dan tekstur yang kaya. Ia masam, masin, manis, dan pedas, memberikan kombinasi rasa yang lazat.

Kacangnya tidak perlu digiling terlalu halus. Biarkan sedikit kasar untuk memberikan tekstur yang lebih menarik. Ia lebih sedap apabila digigit.

Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA

Tambahkan daging untuk meningkatkan kelazatan hidangan ini. Jangan lupa untuk menggunakan air rebusan daging dalam penyediaan kuah kacang.

RESIPI KUAH KACANG BERDAGING CARA ASRINNA BAKRI

kuah kacang berdaging

Bahan-bahan:

  • ½ kg kacang tanah
  • ½ kg daging lembu, direbus dan dihiris agak tebal
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan udang kering (jika tiada udang kering, boleh gantikan dengan udang geragau)
  • 1 cawan cili yang telah digiling
  • 2 sudu makan kicap manis (pilihan)
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam

Cara penyediaan:

kuah kacang berdaging

1. Goreng kacang tanah dalam minyak panas. Angkat dan biarkan sejuk, kemudian giling kasar.

2. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan udang kering.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus bersama dengan cili yang telah digiling sehingga cili masak dan minyak pecah.

4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak hingga mendidih.

5. Tambahkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap manis (jika digunakan), dan garam secukupnya. Kicap manis digunakan untuk menambahkan warna. Teruskan memasak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Tips: Kacang tidak perlu dikupas. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan, tetapi pastikan untuk mengawal proses penggorengan agar kacang tidak terlalu garing. Ia boleh menyebabkan rasa pahit yang akan mempengaruhi rasa keseluruhan hidangan.

Hah, tak ada alasan kata tak pandai buat sambal kacang. Cuba resipi ini, pasti menjadi. Selamat mencuba!

Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning

Sumber: Asrinna Bakri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN