kotak telur

Tular baru-baru ini apabila notis yang diletak di sebuah kedai menyatakan bayaran sebanyak RM0.30 sen akan dikenakan kepada pembeli yang mahu kotak sarang telur tambahan.

Memang kita sedia maklum yang kenaikan harga barang sudah bermula sejak 1 Julai yang lalu dan ramai rakyat terkesan susulan dari realiti ini.

Namun, ada juga yang seakan-akan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain semata-mata keuntungan.

Baca juga: “Nazak Nak Survive Lagi” – Netizen Bengang Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur Bakal Dihapuskan

Menerusi laporan Kosmo, notis pemberitahuan tentang kotak telur tersebut dipercayai milik kedai borong di Kuala Lumpur.

notis di kedai

“Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen setiap satu untuk kotak tutup atas,” notis itu tertulis.

Notis bayaran itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya kecewa dengan caj yang dikenakan.

Ada juga netizen yang berpendapat perlara ini terjadi kerana ada pihak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih.

Namun, ada juga netizen yang menyatakan bayaran tersebut logik dikenakan kerana banyak harga barang sudah naik.

Jadi, lepas-lepas ini dah kena mula simpan semua sarang kotak telur supaya dapat digunakan semula.

‘Sakit’ hidup pada zaman ini di Malaysia. Harap kerajaan dapat bertindak dengan cepat sebelum ramai lagi rakyat yang tersepit.


Sumber: Kosmo

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN