kongsi resipi

Tidak dapat dinafikan aplikasi Tiktok, kini semakin mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.

Jika dahulu ia hanya digunakan oleh mereka dari golongan generasi Z (Gen Z) namun kini penggunanya turut terdiri dari orang yang lebih dewasa dan berumur.

Baca juga: “Dah Macam Pengacara 999” – Netizen Terhibur Gelagat Wanita Ini Buat Content Masakan di TikTok

Disebabkan penggunaannya semakin meluas, ramai yang telah menjadikannya sebagai platform pembelajaran, hiburan, bisnes malahan tempat berkongsi resipi.

Terbaru satu video resipi yang dikongsikan seorang pemuda berjaya meraih perhatian orang ramai. Bukan setakat ditonton sebanyak 3 juta kali malahan ianya berjaya mendapat 414 ribu tanda suka dan 21 ribu komen.

Kongsi resipi guna suara ‘lalat’

Ianya gara-gara suara malas atau lebih tepat umpama bunyi lalat yang digunakan pemuda tersebut dalam menghasilkan video resepi makanan nya itu.

Menggunakan caption ‘resipi paling mudah’, cara pemuda tersebut memasak turut menghiburkan orang ramai.

Setelah beberapa kali mengamati hanya dua perkataaan sahaja yang kami fahami iaitu ‘dah siap’

Tinjauan min di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan perkongsiannya.

Ada yang berseloroh faham dengan apa yang dikongsikan dan ada juga bertanya sama ada dia mahu berkongsi tips memasak ataupun menangis.




Kalau macam gini kongsi resipi, lalat je lah yang dapat ilmu adoi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN