Apa kata kita buat Kimbap Daging menggunakan daging korban yang disedekahkan oleh jiran tetangga atau pihak masjid. Kadang bila tak tahu nak masak apa, memang dilema juga perasaan ini.
Hidangan ini juga dikenali sebagai maki sushi atau nasi gulung korea. Kimbap adalah makanan ringan korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam-macam bahan lain kemudiannya digulung dalam lapisan seaweed kering.
Baca juga: Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!
Kalau dikorea dikenali sebagai kimbap, di Jepun pula dipanggil sebagai sushi. Yang membezakan kedua kudapan ini adalah penggunaan minyak bijan dan juga cuka.
Nak mencuba kimbap daging ini, jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Nur Anny Sofia ini.
Bahan nasi dan perasa:
Bahan-bahan lain:
Bahan isi:
Cara-cara membuatnya:
1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.
2. Dalam bekas lain, satukan nasi bersama sushi vinegar. Kacau sebati sehingga larut.
3. Selepas itu sedia untuk buat roll kimbap. Bentangkan bamboo mat.
4. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed..nk cantik mcm saya punya kimbap..ratakan nasi nipis sahaja.
5. Susun bahan-bahan isinya..jgn kedekut kalau nak isi banyak! filling boleh pilih diantara basic atau saya punya version.
6. Gulung dengan ketat dan mampat.
7. Selepas itu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi. Potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.
8. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Kimbap Daging ini.
Baca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…