Ternyata, banyak khasiat teh hitam yang ramai tidak tahu. Semua mengetahui bahawa teh adalah minuman yang sangat klasik dan sering menjadi pilihan untuk dinikmati setiap pagi dan petang.
Rasanya yang pahit dan aromatik menjadikannya minuman yang sangat menarik, dan terdapat pelbagai jenis yang boleh dipilih mengikut kesukaan individu.
Baca juga: Rahsia Daun Bawang Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya Tau!
Salah satu jenis teh yang popular ialah teh hitam, yang dipercayai mempunyai pelbagai kelebihan jika diminum secara berkala setiap hari. Berdasarkan beberapa kajian, kandungan kimia semula jadi dalam teh telah didapati membawa kebaikan kepada tubuh kita.
Berikut adalah antara kebaikan yang boleh diperolehi apabila minum teh hitam secara kerap setiap hari.
1. Menjaga Kesihatan Usus
Kandungan polifenol dalam teh hitam diketahui membantu menjaga kesihatan usus dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya seperti salmonella. Sifat anti-mikrob teh hitam membantu membunuh bahan berbahaya dan meningkatkan bakteria serta imuniti usus dengan memperbaiki lapisan saluran pencernaan.
2. Mengurangkan Risiko Strok
Strok masih merupakan salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa minum teh hitam secara berkala boleh mengurangkan risiko strok sehingga 32 peratus. Peserta yang mengamalkan minum tiga cawan teh sehari mengalami penurunan risiko strok sebanyak 21 peratus berbanding dengan yang minum kurang daripada satu cawan sehari.
3. Menyokong Pengurangan Gula Darah
Teh hitam tanpa gula dikatakan boleh membantu menurunkan kandungan gula darah. Ia dikatakan dapat meningkatkan penggunaan insulin dalam badan, dengan satu kajian menunjukkan peningkatan aktiviti insulin hingga 15 kali ganda.
4. Pencegahan Risiko Kanser
Kandungan polifenol dalam teh hitam telah dikaitkan dengan pencegahan pertumbuhan sel kanser. Kajian menunjukkan bahawa polifenol dapat membantu mengatur pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan pembentukan sel baru. Selain itu, terdapat bukti yang menunjukkan polifenol dapat membantu menghalang penyebaran tumor payudara.
5. Meningkatkan Fokus
Kandungan asid amino, L-theanine dalam teh hitam dikatakan dapat meningkatkan aktiviti otak, membantu meningkatkan fokus. Walaupun teh mengandungi kafein seperti kopi, kombinasi kafein dan L-theanine memberikan kesan konsentrasi yang lebih stabil.
6. Bantu Turunkan Berat Badan
Teh hitam yang mempunyai kandungan kafein tertinggi dalam ‘keluarga’ teh. Ia dikaitkan dengan keupayaan menghilangkan lemak tersembunyi atau dikenali sebagai lemak visceral. Ia juga kaya dengan flavonoid yang dipercayai pakar-pakar kesihatan adalah faktor lain untuk penurunan berat badan.
Dengan demikian, minum teh hitam secara berkala setiap hari dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang penting.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Harian Metro, Kosmo!
Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…