Categories: Kesihatan

12 Kebaikan Madu Kelulut Yang Wanita Patut Tahu, Khasiat No. 5 Mesti Ramai Suka!

Pernah dengar tentang madu kelulut? Ramai kata ia lebih hebat berbanding madu biasa. Jadi, jom kita lihat apa sebenarnya khasiat madu kelulut ini, terutamanya untuk kaum wanita.

Madu kelulut berbeza dengan madu biasa. Lebah madu biasa terkenal dengan sarang heksagon yang kemas, manakala sarang lebah kelulut lebih unik kerana berbentuk seperti tempayan.

Terdapat banyak khasiat madu kelulut terutamanya untuk kaum wanita yang tak ramai tahu. Selepas tahu tentang khasiatnya, pasti anda tak sabar nak amalkan. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Khasiat Lobak Putih Yang Tak Ramai Tahu, Sayur Murah Tapi Kaya Manfaat!

12 KHASIAT MADU KELULUT UNTUK WANITA

Kredit gambar: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia

1. KURANGKAN MASALAH ALAHAN.

Madu kelulut dikatakan boleh membantu badan bina antibodi terhadap debunga. Lebih kurang seperti vaksin semula jadi untuk penghidap alahan ringan.

2 TENAGA SEGERA.

Jika badan rasa lesu, cukup satu sudu madu bancuh dengan segelas air dan badan akan terus segar.

3. KAYA ANTIOKSIDAN.

Antioksidan penting untuk melawan radikal bebas dalam badan. Bagi wanita, ia juga baik untuk kesihatan otak, cegah demensia dan bantu peredaran darah.

4. LAWAN SEL KANSER.

Kajian menunjukkan madu kelulut boleh tingkatkan tahap antioksidan dalam badan, sekaligus kurangkan risiko pembentukan sel kanser.

5. BANTU MENGURANGKAN JERAWAT.

Ini yang ramai wanita suka. Madu kelulut boleh kurangkan kemerahan jerawat, bantu rawat kulit bermasalah dan jadikan wajah lebih sihat.

6. CEPAT SEMBUHKAN LUKA.

Sifat antimikrob dan antiradang dalam madu bantu luka cepat kering dan elak jangkitan, sekaligus boleh melembapkan kulit sekali.

7. UBAT BATUK SEMULA JADI.

Jika tekak rasa gatal, ambil saja madu kelulut. Teksturnya yang pekat boleh menyaluti tekak dan kurangkan rasa batuk.

8. BANTU KAWAL GULA DALAM DARAH.

Ramuan madu dengan kayu manis dikatakan bagus untuk kawal paras gula, sekaligus baik untuk pesakit diabetes (tapi kena ikut nasihat doktor).

9. TIDUR LEBIH LENA.

Madu juga membantu tubuh menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur. Jadi, lebih mudah nak lena dan bangun dengan badan rasa segar.

10. MERANGSANG KESUBURAN.

Ada yang percaya madu kelulut boleh bantu seimbangkan hormon dan baik untuk wanita yang merancang kehamilan. Tapi ingat, ia bukanlah rawatan utama untuk masalah kesuburan.

11. BAIK UNTUK MATA.

Madu kelulut juga dipercayai boleh bantu merawat katarak dan masalah mata tertentu, terutama yang berpunca daripada bahan kimia.

12. KULIT LEBIH SIHAT.

Nak kulit lembap dan bersinar, sapukan madu kelulut sebagai masker semula jadi. Ia boleh melembutkan kulit dan buang sel mati.

Madu kelulut memang banyak khasiat, tapi setiap orang berbeza. Ada yang mungkin alah, ada yang serasi. Jadi, lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu sebelum mula amalkan secara rutin.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Ada 7 Khasiat Tersembunyi

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago