Categories: Kesihatan

Khasiat Limau Purut Rupanya Boleh Redakan Sakit Gigi, Saiz Kecil Tapi Kaya Manfaat!

Daun limau purut boleh memberi aroma dalam masakan, tapi buah limau purut juga kaya dengan manfaat tersendiri. Sebenarnya, khasiat limau purut boleh bantu merawat masalah mulut dan gigi secara semula jadi.

Nak tahu lebih lanjut, jom kita tengok apa sebenarnya khasiat limau purut pada daun dan buahnya, serta bagaimana ia boleh dijadikan rawatan ringkas di rumah.

Baca juga: Makan Buah Lemba Boleh Kawal Nafsu Minum Manis, Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

KHASIAT LIMAU PURUT, PETUA TRADISIONAL UNTUK KESIHATAN MULUT

1. KHASIAT DAUN LIMAU PURUT.

  • Aromaterapi semulajadi – bau segar membantu menenangkan minda dan mengurangkan stres.
  • Antibakteria & antikulat – berkesan mencegah jangkitan kulit dan mulut.
  • Melancarkan pencernaan – membantu buang angin dan hilangkan kembung.
  • Mengurangkan bau badan dan mulut – sifatnya menyegarkan secara semula jadi.
  • Menguatkan imun – kandungan antioksidan tinggi baik untuk pertahanan badan.
  • Menghalau serangga – baunya tidak disukai nyamuk dan serangga kecil.

2. KHASIAT BUAH LIMAU PURUT.

Kredit gambar: Hot Thai Kitchen

  • Kaya vitamin C – meningkatkan daya tahan badan.
  • Membersih mulut dan gigi – jusnya membantu kurangkan bakteria penyebab bau mulut.
  • Melancarkan peredaran darah – kulit buah sering digunakan dalam herba tradisional.
  • Membuang toksin – air perahan dicampur madu boleh jadi detoks semulajadi.
  • Menurunkan kolesterol – kulitnya mengandungi bahan yang bantu stabilkan lemak darah.

RAWATAN TRADISIONAL UNTUK MASALAH MULUT DAN GIGI

  • Gigi berlubang dan sakit gigi.
  1. Ambil daun limau purut muda, tumbuk hingga keluar air.
  2. Campur dengan sedikit garam, letak pada kapas lalu tampal pada gigi yang sakit.

*Sifat antibakteria dan anti-radang bantu kurangkan sakit serta kuman.

  • Bau mulut.
  1. Rebus 5 hingga 7 helai daun limau purut bersama sedikit garam.
  2. Gunakan air rebusan sebagai kumuran selepas gosok gigi.

*Segarkan mulut dan bunuh bakteria penyebab bau.

  • Gusi bengkak atau berdarah.
  1. Perah sedikit jus buah limau purut, campur dengan air suam.
  2. Gunakan sebagai mouthwash alami.

*Vitamin C dan asid sitrik bantu kuatkan gusi.

  • Pemutih gigi semula jadi.
  1. Gosok kulit buah limau purut perlahan pada gigi.

*Membantu kurangkan karang dan kotoran (guna sekali-sekala saja).

TIPS PENGGUNAAN LIMAU PURUT YANG SELAMAT

  • Jangan guna jus terlalu pekat terus pada gigi kerana asid boleh rosakkan enamel.
  • Gunakan sebagai rawatan tambahan, bukan pengganti doktor gigi.
  • Wanita hamil disarankan guna dalam jumlah kecil kerana aromanya agak kuat.

Khasiat limau purut memang kaya manfaat untuk masakan, kesihatan badan sehinggalah kepada penjagaan mulut dan gigi. Jika sakit berterusan atau teruk, penting untuk dapatkan nasihat doktor.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Hot Thai Kitchen

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan

Baca juga: 10 Khasiat Lobak Putih Yang Tak Ramai Tahu, Sayur Murah Tapi Kaya Manfaat!

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

2 days ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

2 days ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

2 days ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

2 days ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

2 days ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

2 days ago