Categories: Informasi

Kulit Oren Bukan Sisa Dapur Sia-Sia, Rupanya Ada Khasiat ‘Emas’ Tersembunyi!

Setiap kali makan oren, mesti kita terus buang kulitnya dengan begitu saja. Ramai tak tahu, ada banyak khasiat kulit oren yang sangat berguna untuk kehidupan seharian.

Bayangkan kulit oren yang selama ini dianggap sisa dapur, boleh jadi bahan serbaguna untuk rumah, dapur dan penjagaan diri. Kalau tak percaya, boleh tengok sendiri senarai kegunaannya di bawah.

Baca juga: Bukan Sekadar Sedap, Rupanya Bendi Ada 30 Khasiat Tersembunyi Yang Ramai Tak Tahu

INI ANTARA KHASIAT KULIT OREN YANG RAMAI TAK TAHU

Bukan setakat bau wangi, tapi kulit oren kaya dengan minyak semula jadi, vitamin, antioksidan dan elemen aromatik yang boleh dimanfaatkan dalam banyak cara.

Dari menaikkan aroma masakan sampai membantu penjagaan kulit, manfaatnya memang luas dan praktikal untuk kegunaan harian.

KHASIAT KULIT OREN DALAM MAKANAN DAN MINUMAN

1. Infused tea atau air detox.

Campur kulit oren kering dengan kayu manis, halia, bunga cengkih atau teh hijau atau hitam. Baunya terus jadi menenangkan dan rasa lebih segar.

2. Infused madu dan kismis.

Kalau suka buat jajan homemade, masukkan kulit oren kering dalam madu atau kismis. Terus dapat aroma citrus yang wangi dan lembut.

3. Serbuk kulit oren (orange powder).

Keringkan betul-betul, kisar halus. Boleh letak dalam kek, biskut, pancake atau yogurt, automatik rasa jadi premium dan wangi.

4. Perisa masakan atau sos.

Secubit serbuk kulit oren dalam sos manis pedas, ayam madu atau dressing salad boleh buat aroma jadi lebih segar.

5. Gula atau garam aromatik.

Campur serbuk kulit oren dengan gula perang atau garam laut. Jadilah orange sugar atau citrus salt untuk tabur pada mocktail, roti bakar atau salad.

KHASIAT KULIT OREN UNTUK RUMAH DAN DAPUR

1. Penyegar udara semula jadi.

Rebus kulit oren dengan kayu manis dan bunga lawang. Satu rumah terus wangi macam spa.

2. Serbuk pembersih dapur.

Kisar halus, campur dengan baking soda. Boleh scrub sinki, dapur, periuk, hasilnya berkilat sambil tinggalkan bau segar.

KEGUNAAN UNTUK KECANTIKAN DAN PENJAGAAN DIRI

1. Scrub muka atau badan.

Campurkan serbuk kulit oren dengan madu atau yogurt. Buang sel kulit mati sambil cerahkan kulit secara semula jadi.

2. Masker anti-kusam.

Gabungkan serbuk kulit oren, kunyit dan air mawar. Sesuai untuk bagi muka nampak segar dan berkilau.

3. Mandian aromaterapi.

Rendam kulit oren kering dalam air panas sebelum mandi. Bantu legakan badan dan hilangkan stress.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar depan: Facebook Izan Ezrina Mohd Elias, jannoon028 dari Freepik

Sumber: Izan Ezrina Mohd Elias

Baca juga: Khasiat Limau Purut Rupanya Boleh Redakan Sakit Gigi, Saiz Kecil Tapi Kaya Manfaat!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

17 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

18 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

19 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

20 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

23 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

23 hours ago