Mari kita sama-sama ketahui apakah khasiat air rebusan nanas untuk tubuh badan kita.
Buah nanas merupakan salah satu buah-buahan kegemaran orang ramai. Rasanya yang masam manis memang boleh buat jadi ketagih!
Selain dimakan begitu sahaja, nanas juga boleh dijadikan air rebusan dan sesuai diminum pada bila-bila masa.
Bukan sahaja sedap, malah air rebusan nanas mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Kalau nak tahu apakah manfaatnya, baca artikel ini sehingga habis.
Baca juga: Tips Buah Yang Sudah Dipotong Kekal Segar & Tak Hitam, Memang Berkesan!
Berikut merupakan cara-cara membuat air rebusan nanas:
Menurut kajian, pengambilan jus nanas dan air rebusan nanas selama 3 hari pada waktu pagi boleh membunuh parasit usus.
Parasit ini adalah cacing yang menduduki salur perut usus di dalam manusia dan di dalam haiwan lain. Ia boleh hidup di dalam seluruh badan, tetapi paling memilih dinding usus.
Jika dibiarkan terlalu lama, parasit usus juga boleh menyebabkan keradangan usus.
Nanas mengandungi enzim bromelain yang boleh meningkatkan metabolisme badan.
Apabila metabolisme badan kita berjalan lancar, pembakaran lemak menjadi tenaga tidaklah sukar. Akibatnya, berat badan berkurangan dengan lebih cepat dan stabil.
Nanas mempunyai kandungan potassium yang berfungsi untuk mengimbangi air dalam badan.
Zat ini baik untuk jantung kerana lebihan air dalam badan boleh menyebabkan hipertensi.
Nanas juga mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan jantung. Bahan ini dapat mencegah gangguan saluran darah akibat kolesterol jahat.
Pengambilan nenas boleh membantu badan kita mengelakkan kesan buruk sinaran UV matahari.
Vitamin C yang terkandung dalam nanas merupakan perisai yang melindungi kulit dan organ dalam badan kita.
Khasiat air rebusan nenas yang ini khas untuk pasangan di luar sana yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Jenis mineral yang terkandung dalam air rebusan nanas dan jus nanas adalah zink, folat, beta karotena, dan lain-lain.
Kandungan ini telah terbukti dapat membantu lelaki dan wanita agar mempunyai sistem peranakan yang lebih sihat.
Oleh itu, amalkan meminum air rebusan nanas atau jus nanas setiap pagi selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Baca juga: Resipi Air Kelapa Bakar, Ustaz DEDAH Cara Nak Ikhtiar Hamil
Manfaat air rebusan nenas seterusnya adalah dapat menghalang pertumbuhan sel kanser.
Air nenas bukan sahaja mampu mencegah radikal bebas, sel-sel kanser yang tumbuh di dalam badan kita juga boleh mati jika.
Jenis sel kanser yang telah terbukti kalah terhadap bahan baik nanas ialah kanser prostat.
Kemerosotan penglihatan adalah proses biasa seiring dengan peningkatan usia.
Namun, tahukah anda bahawa kita boleh mencegah proses ini tanpa perlu menjalani pembedahan retina? Ya, boleh dirawat saja dengan air rebusan nenas!
Air rebusan nanas mengandungi beta karotena yang apabila dimakan bertukar menjadi Vitamin A.
Minum air nenas pada waktu pagi selama 5 hari juga telah terbukti dapat melegakan kesakitan di bahagian mata.
Air rebusan nanas juga boleh menghilangkan ketuat dan jerawat di badan. Caranya adalah dengan sapukan jus nanas pada ketuat dan biarkan selama 10 minit.
Lakukan prosedur ini kira-kira 3 kali seminggu selama sebulan.Kaedah ini terbukti dapat menghilangkan ketuat pada kulit tanpa meninggalkan parut.
Vitamin C yang terkandung dalam nanas menghasilkan sifat anti-oksida yang tinggi.
Bukan sahaja vitamin C, asid amino di dalamnya juga dapat membantu vitamin C mengekalkan imuniti badan.
Sel-sel yang rosak akibat radikal bebas dan faktor usia boleh segera dibaiki dengan bahan-bahan baik di atas.
Dengan mengamalkan pengambilan air rebusan nenas secara kerap, anda juga tidak akan mudah letih.
Vitamin B dan vitamin C yang terkandung dalam nanas telah terbukti dapat mempercepatkan pertumbuhan semula kulit.
Vitamin ini akan menggalakkan lapisan dalam kulit untuk menghasilkan kolagen dan elastin seterusnya menjadikan kulit kelihatan lebih anjal dan tegang.
Air nenas berkesan untuk mengurangkan keradangan pada otot dan sendi. Hal ini kerana nanas mengandungi enzim proteolitik yang dipanggil bromelain.
Enzim bromelain membantu proses pemecahan protein kompleks dan mempunyai kesan anti-radang.
Air rebusan nanas juga sesuai untuk penghidap diabetes kerana ia mengandungi banyak serat.
Bagi penghidap diabetes jenis 1, jus nanas boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah yang tinggi.
Sementara itu, bagi penghidap diabetes jenis 2, jus nanas boleh meningkatkan lipid, insulin dan paras gula dalam darah.
Namun begitu, minum secara bersederhana sahaja dan jangan ambil secara berlebihan.
Nanas juga boleh mencegah atau merawat penyakit catarrh. Catarrh adalah penyakit yang berlaku apabila lendir terkumpul di dalam hidung atau tekak.
Pengumpulan ini berlaku kerana keradangan atau keradangan membran mukus.
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas sangat sesuai untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat. Terutamanya untuk orang dewasa yang mempunyai gigi yang reput!
Selain dari mengekalkan kesihatan gigi dan gusi, citamin C juga boleh membantu memutihkan gigi dan menjadikannya lebih kuat.
Manfaat nanas seterusnya adalah dapat melindungi wanita daripada osteoporosis.
Osteoporosis adalah keadaan biasa yang melemahkan tulang anda. Apabila usia anda semakin lanjut, perubahan dalam paras hormon menyebabkan tulang anda kehilangan mineral.
Kandungan vitamin C dalam nanas boleh merangsang pengeluaran sel pembentuk tulang dan melindungi tulang daripada kerosakan.
Sumber: Berita 99
Baca juga: Khasiat Terung Pipit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Boleh Cegah Penyakit Darah Tinggi!
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…