Categories: Infomasi

Video Memasak Pertemu Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!

Khairul Aming, pempengaruh dan usahawan terkenal, baru-baru ini berpeluang untuk menyajikan sarapan dan makan pagi bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, sempena lawatan beliau ke Malaysia.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Khairul Aming berkongsi bahawa pertemuan ini adalah penghargaan dari pihak New Zealand atas video masakannya yang dibuat di sana. Beliau menceritakan bagaimana lapan tahun lalu dia merakam video memasak sambil duduk di atas lantai di rumah sewa.

Baca juga: “You Know Khairul Aming?” – Tukang Masak London Kenal KA, Ramai Bangga

“Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

PERKENAL MENU MAKAN PAGI MALAYSIA

Dalam pertemuan itu, Khairul Aming memperkenalkan menu sarapan Malaysia seperti roti jala, nasi lemak, teh tarik, dan kuih tradisional kepada Luxon.

Selain itu, mereka turut berbincang mengenai sektor pelancongan, perdagangan daging halal, produk tenusu, pemuliharaan alam, dan potensi eksport produk tempatan ke New Zealand.

“Selain itu, kami turut berkongsi berkenaan perdagangan eskport daging halal, produk tenusu, pemuliharan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan ke New Zealand,” tulisnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri New Zealand turut memuji Khairul Aming ketika ditanya mengenai hidangan Malaysia yang disajikan buat beliau.

“Kamu adalah legenda. Saya suka catchline (tagline) ‘What’s Up Guys‘. Saya perasan kamu menyebutnya di setiap video kamu.

“Sangat hebat apabila kamu berada di New Zealand dan memasak menggunakan sebahagian produk dari New Zealand,” ujar Luxon menerusi rakaman video berdurasi lebih dua minit di laman sosial Khairul Aming, pada petang Selasa.

Kunjungan Luxon adalah sebahagian daripada lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia sebagai kunjungan sulungnya sejak dilantik sebagai perdana menteri pada November lalu.

Sumber: Instagram Khairul Aming

Baca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago