Categories: InformasiTips & Petua

Kuih Tradisional ‘Tiga Beradik’, Warisan Negeri Pahang

Keunikan kuih tradisional yang terdiri daripada kuih pepena atau pena, badak kubang dan dodol kukus ini menjadi sajian utama setiap kali menjelang lebaran. 

Kuih warisan yang dikenali sebagai ‘tiga beradik’  hanya dapat ditemui di daerah sekitar Pahang barat terutamanya di Maran dan Temerloh.

Tambahan pula, kuih ini yang mempunyai rasa berlemak, kenyal dan manis menjadikan kuih ini mendapat tempat di hati penggemar kuih-muih tradisional.

Baca juga: Jom Cuba Resepi Dodol Homemade, Hanya Guna 4 Bahan Dah Siap!

‘Tiga Beradik’, Warisan Negeri Pahang

Melalui temubual oleh Majalah 3 bersama Zalina Abu Bakar, 57, yang merupakan pengusaha kuih tradisional hampir 2 dekad lamanya tidak lokek untuk berkongsi teknik dan tips penyediaan kuih-kuih warisan negeri Pahang ini.

Menurut Zalina, kuih 3 beradik ini akan dinantikan setiap kali tiba bulan puasa pada zaman dahulu. Namun selari dengan peredaran masa, kuih ini boleh dijumpai pada hari-hari biasa dan di Pekan Sehari Temerloh.

“Kuih ini diibaratkan sebagai 3 beradik kerana warna yang sama meskipun bentuk dan bahan berlainan sedikit.

“Dodol kukus berlainan sedikit kerana mempunyai tahi minyak diatasnya. Kuih pena dan badak berkubang sama sahaja.” ujarnya.

Bagi memelihara penghasilan warisan kuih ini, daun pisang digunakan sebagai alas tapak kuih dan perlu dilayurkan di atas api terlebih dahulu.

Baca juga: Senarai Makanan Diiktiraf Sebagai Warisan Negara Selain Bak Kut Teh

Tips Penghasilan Kuih Tradisional ‘Tiga Beradik’.

Beliau juga berkongsi petua kegunaan daun pisang secara tradisional untuk menghasilkan rasa yang seakan sama seperti pembuatan pada zaman lalu.

“Kelebihan mengukus kuih di atas daun pisang adalah kuih akan jadi cantik dan tidak akan melekat seperti mana sekiranya proses pengukusan dilakukan di atas bekas atau pinggan.

“Selain itu, kukus dalam daun pisang memberikan rasa yang sangat sedap kepada kuih. Kemudian, sapu daun itu dengan minyak dari tahi minyak supaya menaikkan lagi aroma bau.”

Ujar Zarina lagi, keistimewaan dodol kukus ini yang mempunyai gabungan rasa berlemak, manis serta masin, taburan tahi minyak dan cair di dalam mulut membuatkan dodol kukus ini lain dari dodol tradisional. 

Menurut kepercayaan orang zaman dahulu, tahi minyak bagus untuk kesihatan kerana dapat melancarkan usus.

“Kuih badak kubang pula mempunyai dua jenis inti iaitu kelapa dan gula kabung. Pembuatannya sama dengan kuih pena.

“Kuih pena ini berintikan gula pasir. Saya akan bentukkan seperti segi empat dan bunga sebelum diisikan kuah santan. Kemudian, dibiarkan kukus. ” kata beliau.

Penghasilan kuih ‘tiga beradik’ ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mengambil masa selama 5 jam untuk menyediakannya.

Anda boleh tonton video penuh Sajian Lebaran 3 Beradik di bawah!

Baca juga: Resipi Kuih Koleh Kacang ‘Legend’, Ada Rahsia Kuih Jadi Cantik & Berkilat

Sumber: Majalah 3

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Petua Ubi Kayu Tahan Lama 2 Minggu Dalam Peti Sejuk, Ramai Tak Tahu Cara Simpan Macam Ini

Petua ubi kayu ini sesuai dicuba kalau ada lebihan ubi kayu di rumah tetapi belum…

2 days ago

Resipi Bubur Nasi Ringkas, Masak Guna ‘Rice Cooker’ Pun Boleh Jadi Lembut & Hancur Elok!

Kalau nak masak resepi bubur nasi simple, tak perlu pening fikir banyak bahan. Guna beras,…

3 days ago

Resipi Kek Batik Sedap, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasa Coklat Tetap Pekat & Biskut Rangup

Kalau sedang cari resipi kek batik sedap yang rasa coklatnya lebih pekat dan ada tekstur…

3 days ago

Cara Elak Bendi Berlendir Masa Goreng, Rupanya Kena Buat Langkah Ini Dulu

Bendi goreng memang sedap dimakan bersama nasi panas, tetapi teksturnya yang terlalu berlendir kadang-kadang boleh…

3 days ago

Resipi Spageti Ayam Creamy Truffle, Rasa Ala Kafe Tapi Buat Sendiri Je Di Rumah!

Spaghetti Ayam Creamy Truffle ini memang terasa seperti hidangan ala kafe! Ayam yang rangup dan…

3 days ago

Cucur Udang Thailand Rangup, Guna Air Ais Rupanya Rahsia Adunan Tak Mudah Lembik

Kalau suka cucur yang garing di luar tetapi penuh dengan udang dan sayur, cucur udang…

3 days ago