Categories: Infomasi

Ketam Viral, Perkenalkan Bufet Ramadan Lebih Dari 100 Hidangan, ‘Sure’ Teringat Kampung Punya!

Bufet Ramadan Ketam Viral kali ini membawakan keistimewaan di mana, stesen masakan secara langsung oleh chef handalan akan memasak secara langsung untuk para pelanggan demi membawa kehebatan alam kulinari yang klasik dan mengagumkan.

Ini kerana, Ketam Viral telah melancarkan bufet Ramadan dengan temanya “Tak Lapuk Dek Zaman”. Tema ini membawakan gabungan pelbagai hidangan tradisional yang jarang ditemui serta sajian kegemaran Malaysia untuk anda nikmati. Inspirasi untuk tema ini adalah melalui pengalaman menjamu selera yang mengembalikan nostalgia zaman dahulu.

Baca juga: Boleh Makan Unlimited Daging Bakar Untuk 1 Jam Di Restoran Jepun Halal Di Bangi

Terdapat 5 Stesen Masakan yang berbeza dan setiap stesen menawarkan pelbagai pilihan menu menarik, termasuk stesen memanggang serta stesen masakan Malaysia yang jarang ditemui dengan aroma ‘wok hei’ dan ‘kawah’. Selain itu, terdapat juga Stesen Masakan hidangan goreng-gorengan juga pencuci mulut yang pastinya memukau selera anda.

● Bakar Arang (Ikan, Udang, Ayam, Daging, Kambing, Menu Istimewa Hari Ini)
● Dapur Panas (Nasi Goreng, Mee Goreng, Gulai Kawah)
● Celup Goreng (Pisang, Keledek, Sayur-Sayuran, Udang Geragau, Anak Ketam, Sotong, Ulu Badai)
● Tebar Jala (Roti Canai, Roti John, Roti Jala)
● Pencuci Mulut Sejuk (Ais Kacang, Cendol, Laicikang)

Selain itu, setiap hari di Bufet Ramadan ini akan turut disediakan aneka juadah yang menyelerakan di gerai pameran makanan dengan seleksi pilihan yang lebih berat seperti;

● Bubur manis & Lemak berkrim
● Hidangan berasaskan sup dan aneka mi
● Rojak buah, Pasembur dan Gado-gado
● Pelbagai jenis nasi (Nasi Putih, Arab, Biryani)
● Makanan laut segar
● Air Balang and air panas

Pembuka Selera

Pastikan anda bersedia untuk menaikkan selera iftar anda dengan pelbagai hidangan pembuka yang penuh dengan khasiat. Terokai pilihan salad, daripada hidangan istimewa Malaysia yang dibumbui sempurna dengan citarasa Asia dan Melayu/Nyonya – sesuai untuk memulakan makan malam yang mengagumkan!

● Kerabu taugeh
● Kerabu pucuk paku
● Kerabu ayam nyonya
● Kerabu daging
● Ulam-ulaman kampung
● Aneka salad
● Arancini
● Pelbagai jenis bruschetta/canape
● Hummus bersama roti
● Chawanmushi

Hidangan Utama

Setelah anda merasai aneka menu pembuka selera, mari kita lihat Hidangan Utama. Menampilkan pelbagai pilihan protein darat, laut, karbohidrat dan sayur-sayuran, semuanya telah diperasa dengan sempurna dan diberi sentuhan olahan citarasa yang unik oleh Chef
Wan Rathnor.

Set hidangan Ramadan yang amat istimewa ini akan berbeza untuk setiap hari bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati pilihan masakan yang enak. Tidak kira anda peminat makanan Melayu klasik yang sukar ditemui atau hidangan makanan laut yang lazat, Ketam Viral menyediakan hidangan yang sesuai untuk setiap pelanggan.

Untuk menjadikan santapan bufet anda lebih menarik, pastikan anda menambah hidangan ketam istimewa ke dalam tempahan Bufet Ramadan anda agar dapat mencipta suatu pengalaman makanan yang tidak mudah dilupakan. Antara sajian ketam yang menjadi kegemaran setiap pelanggan adalah; Chilli Crabs, Salted Egg Crabs, Ketam Kam Heong, dan Ketam Buttermilk Lurpak pasti menambah selera iftar anda.

Pastikan anda membuat pesanan awal untuk sajian ketam istimewa ini bersama dengan tempahan meja, dan harga adalah berdasarkan harga pasaran harian. Saiz ketam yang disediakan adalah bermula dengan saiz Regular, M dan XXL.

Santapan Utama A:

● Ayam masak kicap
● Daging rendang
● Udang sambal
● Siakap lemak kantan
● Ketam masak lemak
● Lasagna ketam
● Ayam gajus cili kering
● Sayur campur goreng
● Petola masak air

Santapan Utama B:

● Ayam masak merah
● Kurma kambing bersama kentang
● Siakap lemak kantan
● Udang masak lemak nogori
● Daging si hitam manis
● Mac & cheese udang
● Mongolian lamb
● Kangkung belacan
● Kobis goreng

Santapan Utama C:

● Ayam kapitan
● Daging kerutuk
● Udang Nestum
● Siakap lemak kantan
● Mussel Kam Heong
● Seafood pescatore
● Honey lemon crispy fish bone
● Fried pak choy
● Pucuk paku lemak kuning

Santapan Utama D:

● Ayam goreng berempah
● Lala black pepper
● Udang galah diraja
● Siakap lemak kantan
● Mutton varuval
● Mac & cheese mussels
● Udang cili kering/glass noodle
● Pajeri terung/nenas
● Kailan ikan masin

Condiments served:

● Sambal belacan
● Air asam kerisik
● Sambal kicap
● Sambal tempoyak
● Sambal kelapa
● Sambal belimbing buluh
● Cocktail
● Budu
● Cincalok
● Sambal kerisik

Pencuci mulut

Tidak ketinggalan, hidangan penutup yang enak adalah pencuci mulut yang wajib ada untuk anda. Nikmati kepelbagaian manisan memukau seperti:

● Hirisan kek (3 jenis)
● Kek penuh (2 jenis)
● Puding (5 jenis)
● Kuih Muih Melayu (10 -15 jenis)
● Kurma (2 jenis)
● Aiskrim Malaysia

Ketam Viral juga menawarkan suasana yang sempurna untuk tempahan Jamuan Ramadan Persendirian iaitu dengan menyediakan bilik VIP – ‘Ketam Nipah’ & ‘Ketam Bunga’ yang boleh memuatkan jumlah pax yang besar sehingga 12 orang di setiap bilik. Anda boleh menikmati suasana ruang makan yang luas, selesa, dan penuh dengan ciri artistik.

Ketam Viral menyediakan pengalaman yang sangat mewah ini di sepanjang Ramadan dengan bayaran bilik persendirian ini bermula dari RM200 untuk setiap bilik, tertakluk pada kekosongan.

Untuk tempahan biasa, tempat duduk akan diatur dengan teliti bagi memastikan ruang yang mencukupi dan selesa di antara para pelanggan. Harga yang ditawarkan ini amat berbaloi dengan pengalaman makan dan suasana yang
akan anda alami:

Early Bird Specials: RM142+ (Jimat RM20) – bermula 25 Februari hingga 16 Mac 2023.
Harga Biasa RM162+
Harga kanak-kanak pada RM85+ (antara 3-10 tahun)
Kanak-kanak (bawah 3 tahun) – Percuma

Boleh WhatsApp atau hubungi Ketam Viral untuk tempahan atau anda boleh layari laman web untuk maklumat lanjut.

@myresipi

Buffet Ramadan @ketamviral_my. Lebih 100 sajian menarik, Tak Lapuk Dek Zaman😍 #myresipi #buffetramadhan2023 #fyp #buffetramadhan

♬ Ramadhan Tiba – FADLI AZ

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago