ketam masak telur masin

Nampak saja ketam di depan mata, pasti nak makan sampai licin. Lebih-lebih lagi, hidangan seperti Ketam Masak Telur Masin memang buat ramai terliur.

Sebenarnya tak susah mana pun untuk buat Ketam Masak Telur Masin yang lazat, anda hanya perlu ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!

RESIPI KETAM MASAK TELUR MASIN

ketam masak telur masin

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ketam (saiz XL)
  • Minyak
  • 2 sudu besar butter
  • 7 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 10 biji cili padi (potong kecil)
  • 5 biji telur masin yang telah direbus (ambil kuning saja, tambah 1 biji yang putih, hancurkan)
  • 3 tangkai daun kari
  • ½ susu tin cair
  • Gula
  • Garam
  • Cukup rasa
  • Serbuk telur masin adabi

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, basuh ketam sehingga bersih. Gaul ketam dengan sedikit cukup rasa dan tepung jagung. Gorengkan sekejap. Agak-agak kulit ketam sudah bertukar warna merah, angkat dan ketepikan dahulu.

2. Seterusnya, ambil sedikit lebihan minyak goreng ketam, tambah dengan butter. Tumiskan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan cili api dan daun kari.

3. Kemudian, masukkan telur masin dan kacau-kacau bagi sebati.

4. Seterusnya, tambah dengan susu cair (jika nak masakan itu berkuah basah-basah, lebihkan sukatan susu, saya suka yang kering). Kacau-kacau lagi sampai kuah jadi pekat.

5. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula, garam dan serbuk telur masin adabi, kemudian masukkan ketam. Gaul sebati dan tutup api. Siap untuk dihidang!

ketam masak telur masin

Jika anda terfikir untuk buat Ketam Masak Telur Masin, kami cadangkan anda guna ketam bunga kerana isinya yang banyak, pejal, cukup manis dan sedap dimakan.

Namun, tiada masalah jika nak gunakan ketam jenis lain mengikut citarasa masing-masing kerana hidangan ini tetap sedap dinikmati dengan apa-apa jenis ketam sekalipun.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Ketam Sambal Telur Pecah, Kombinasi Ini Berjaya Buat Ramai ‘Approve’ Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN