Ketam Masak Sambal Pecah Telur adalah hidangan pilihan popular jika ke restoran-restoran makanan laut yang terdiri dari ketam yang dimasak dengan sambal pedas dan telur yang dipecahkan.
Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini
Cara memasak lauk ini adalah dengan menggoreng potongan ketam dalam sambal pedas hingga ketam matang dan sambal meresap ke dalam isi ketam. Telur dipecahkan di dalam sambal dan hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi putih.
Ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Nur Fairuza ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara memasak:
1. Tumis serai dulu sampai naik bau.Lepas itu, letak cincangan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau sampai pecah minyak, letak daun limau.
3. Masukkan serbuk belacan, kiub ayam, dan tomato. Masak sampai tomato agak lembik
4. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram, sos ikan. Garam dan gula diletak sesedap rasa. Kacau sampai sebati.
5. Masukkan ketam dan letak secawan air. Kacau, kemudian tutup kuali, biar masak sebati.
6. Bila ketam dah masak, masih berkuah, pecahkan telur dalam kuah, kacau kacau.
7. Bila telur dah masak sikit, kacau sebati dengan ketam
8. Tabur la daun ketumbar sikit bagi naik aroma. Siap! Boleh juga makan dengan roti mantao.
Selamat mencuba resipi Ketam Masak Sambal Telur Pecah ini.
Sumber: Facebook Nur Fairuza
Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…