Kerja petik buah durian nampak mudah, tetapi gajinya boleh melebihi gaji minimum di Malaysia. Namun sebenarnya, memilih buah yang berkualiti untuk dijual bukanlah tugas yang mudah. Tanpa pengalaman, sukar untuk mendapatkan kerja ini.
Inilah kisah Nguyen Trong Tan, seorang pemuda berusia 25 tahun yang telah bercita-cita untuk menjadi pemetik buah sejak zaman mudanya. Menurut portal berita VnExpress, Tan memaklumkan bahawa pemetik durian di Vietnam boleh memperoleh pendapatan sekitar 2 juta dong (RM369.26) sehari.
Baca juga: Tular Video Peniaga Basuh Kuali Roti Canai Guna Air Longkang, Kembang Tekak Dibuatnya!
Seawal 6 pagi waktu tempatan, Tan bersama pasukannya tiba di ladang durian seluas satu hektar di daerah Ke Sach, wilayah Delta Mekong, Soc Trang. Di ladang tersebut, terdapat dua jenis pekerja iaitu satu kumpulan yang memanjat untuk memilih buah durian dan satu lagi yang mengutip buah di bawah.
Tan adalah antara mereka yang memanjat pokok, berpegang pada dahan dan pantas memotong buah dengan pisau di tangan kirinya. Rakan-rakannya yang lain menunggu di bawah, siap dengan sarung tangan dan menanti arahan untuk mengutip buah yang jatuh.
“Tangkap (buah durian),” katanya sambil menjatuhkan buah durian kepada seorang pembantu yang menunggu dengan bakul.
Dalam beberapa minit, Tan berjaya memetik lebih 20 biji durian Musang King, sejenis durian yang sangat popular dan berasal dari Malaysia. Dengan hanya kerja memetik durian, Tan mampu memperoleh 50 juta dong (RM9,227) sebulan setelah menolak perbelanjaan.
Salah seorang pekerja menyatakan bahawa dia berhenti kerja di kilang untuk membantu keluarga di ladang durian. “30 minit kerja memetik durian setara dengan gaji sehari semasa saya bekerja di kilang dahulu,” ujarnya.
Waktu kerja yang fleksibel dan rakan sepasukan yang mesra menjadikan Tan lebih selesa dan gembira dengan keputusannya untuk berhenti kerja. Sesetengah pemilik ladang dan pusat pengumpulan juga menawarkan pengangkutan, penginapan, makanan, dan kadangkala insurans kepada pekerja mereka.
Sumber: Sarang Burung
Baca juga: Hati-Hati Botol Kicap Di Kedai Makan Ada ‘Bintik Putih’, Ini Kesan Menanti Jika Terguna…
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…