Categories: Resipi

Kerepek Pisang Gula, Petua Orang Lama Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Lebih Sedap!

Waktu petang memang seronok jika dapat makan kudapan yang lazat di rumah. Sudah sering makan kerepek yang biasa, apa kata kali ini anda cuba buat Kerepek Pisang Gula pula?

Kerepek Pisang dibuat dengan menggunakan kepingan pisang yang digoreng dalam minyak yang panas secara kering dan terdapat pelbagai jenis kerepek pisang yang dijual di pasaran.

Apabila ia disalut gula atau sira, maka terhasillah Kerepek Pisang Gula yang manis dan rangup. Biasanya, orang dulu-dulu yang suka buat kerepek jenis ini kerana sukakan sesuatu lain dari yang lain.

Nasyitha Aisya II telah kongsikan resipi Kerepek Pisang Gula di Facebook yang menarik untuk dibuat di rumah pada masa lapang. Jom kita cuba!

Baca juga: Bihun Banyak Di Dapur Sampai Tak Habis Guna, Boleh Buat Kuih Bihun Manis Rangup!

RESIPI KEREPEK PISANG GULA

Bahan-bahan:

  • 2 sikat pisang kepok lama yang belum masak
  • 1 auns gula (lebih kurang 30ml, larut dalam air)
  • 1 liter minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kupas pisang dan hiris nipis. Jika mempunyai alat penghiris, anda boleh gunakannya supaya dapat hasil sekata.

2. Kemudian, larutkan gula dengan 100ml air suam.

3. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng hirisan pisang sehingga kelihatan separuh masak.

4. Setelah separuh masak, masukkan 2 hingga 3 sudu besar larutan gula (jika gula lebih manis, boleh tambah lagi) dan ulang sehingga hirisan pisang habis.

5. Apabila kerepek telah masak, keperangan dan karamel terbentuk, segera angkat dan toskan.

6. Akhir sekali, tunggu sehingga sejuk dan bolehlah masukkan ke dalam balang. Siap untuk dinikmati!

Sesetengah orang gunakan gula merah untuk membuat kerepek ini, tapi nak pakai gula putih pun tiada masalah kerana anda boleh buat mengikut citarasa tersendiri.

Jika tiada idea kudapan tambahan di rumah, bolehlah buat Kerepek Pisang Gula ini. Jangan buat sebalang saja kerana pasti cepat habis, jadi buatlah banyak-banyak supaya puas makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasyitha Aisya II

Baca juga: Resepi Muruku Ringkas, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago