Categories: Resipi

Resepi Sagu Gula Melaka Sedap, Ada Petua Supaya Tak Hancur Dan Berketul

Setiap hari terfikir nak buat pencuci mulut sedap seperti resepi Sagu Gula Melaka, tapi takut pula gagal membuatnya. Jangan risau, kami ada resepi serta tips menarik untuk anda cuba.

Biasanya resepi Sagu Gula Melaka digunakan ketika dalam jamuan atau kenduri, tapi nak buat sendiri untuk makan bersama keluarga tersayang di rumah pun boleh.

Resepi yang dikongsikan oleh Minah Ramli di Facebook telah mendapat perhatian ramai kerana ada tips supaya sagunya tak hancur dan berketul. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Som Som Sagu, Ini Rahsianya Jika Nak Hasil Licin Dan Cantik

RESEPI SAGU GULA MELAKA

Bahan-bahan:

  • Sagu
  • Pewarna
  • 1 tin susu cair (pakai santan atau susu segar pun boleh, cuma rasa lain-lain)
  • 2 sudu gula merah
  • 1 ketul gula Melaka
  • Sehelai daun pandan (tak ada pun tak apa)
  • ½ cawan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak sagu dengan air yang mendidih sehingga kembang (jadi jernih).

2. Selepas itu, cuci sagu dan letak pewarna. Kemudian, biarkan selama 20 minit.

3. Seterusnya, cuci dengan melalukannya bawah air paip saja supaya susu tak bewarna.

4. Kemudian, masak gula dengan ½ cawan air dan daun pandan.

5. Akhir sekali, biarkan sejuk dan bolehlah hidang dengan susu cair tadi. Siap untuk dinikmati!

Antara tips yang anda boleh gunakan:

  • Pastikan air betul-betul mengelegak, baru masukkan sagu. Jika tak, nanti ia akan hancur dan hilang.
  • Jangan rendam sagu sebab jika basuh nanti jadi hancur.
  • Pastikan kacau setiap 5 minit supaya sagu tak berketul.
  • Cuci sagu pada air paip dan masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tak melekat.
  • Selepas mewarna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat dan cuci kembali sagu selepas itu.

Sesuatu hidangan utama itu tak lengkap tanpa adanya pencuci mulut sebagai sampingan, jadi resepi Sagu Gula Melaka ini merupakan pilihan tepat untuk anda gunakan di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Minah Ramli

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

5 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

6 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

7 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago