Categories: Resipi

Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Rupanya Boleh Buat Kerepek Rangup Untuk Kudap-Kudap

Tak dapat dinafikan, ubi kentang memang kaya dengan khasiat. Kehadiran kentang dalam hidangan bukan sahaja menambah rasa, tetapi juga memeriahkan menu masakan. Dalam masakan Melayu, kentang sering digunakan dalam hidangan kari dan beberapa masakan tradisional lain.

Biasanya, kita hanya mengambil isi kentang untuk dimasak, manakala kulit kentang biasanya dibuang begitu sahaja. Namun, tahukah anda bahawa kulit kentang sebenarnya boleh dimanfaatkan? Ia tidak perlu dibuang!

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa kulit kentang boleh digoreng menjadi kerepek yang sedap. Tapi, bagaimana cara untuk memasaknya? Untuk ketahui lebih lanjut, mari kita lihat perkongsian di bawah.

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

KEREPEK KULIT UBI KENTANG

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang
  • Garam
  • Tepung serbaguna (contohnya jenama Bon Chef, boleh juga guna jenama lain)
  • Tepung beras (jika perlu)
  • Tepung jagung (jika perlu)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Basuh ubi kentang dengan bersih. Sental menggunakan kain cuci pinggan jenis jaring, tetapi jangan gunakan sabun.
  2. Kupas kulit kentang dan rendam dalam air. Taburkan sedikit garam dan rendam selama 10 minit. Air akan menjadi keruh.
  3. Selepas itu, bilas kulit kentang dan rendam lagi sehingga air rendaman menjadi jernih. (Garam hanya digunakan semasa rendaman pertama sahaja).
  4. Gunakan tepung serbaguna (contohnya Bon Chef). Jika tepung ini sedikit masin, tambah sedikit tepung beras dan tepung jagung untuk mengurangkan rasa masin.
  5. Perap kulit kentang yang telah dibasuh dengan tepung selama 5 minit.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kulit kentang satu persatu. Pastikan minyak cukup panas dan jangan sesekali terlalu banyak dalam kuali.
  7. Goreng sehingga kulit kentang menjadi garing. Kawal suhu api supaya kulit kentang tidak hangus kerana jika hangus, rasanya akan pahit.
  8. Bila sudah garing, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Azz MyAg

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

14 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

14 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

14 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

15 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

18 hours ago