Kalau dah selalu makan telur masin biasa, kali ini apa kata jom cuba resepi kerabu telur masin ini pula.
Kerabu ini antara menu yang mudah dan cepat untuk disediakan. Tak perlu ambil masa yang lama untuk membuatnya.
Memang cukup sedap dan nikmat jika dinikmati bersama nasi panas atau bubur nasi.
Jika ada yang mahu mencubanya, mari lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad di bawah.
Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!
RESEPI KERABU TELUR MASIN
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji telur masin (rebus, belah 2 dan korek isi dengan sudu)
- 1 biji bawang besar (dibelah 2 dan hiris nipis)
- 7@8 biji cili padi (dihiris)
- 5 sudu makan cuka makan
- 2 sudu makan gula
Cara penyediaannya:
- Rebus telur masin. Belah kepada dua bahagian dan korek isinya dengan sudu. Letakkan isi telur masin tersebut ke dalam mangkuk.
- Potong-potong telur masin dengan sudu. Jangan terlalu kecil, nanti hancur ketika digaul nanti.
- Masukkan bawang besar dan cili padi.
- Selepas itu, masukkan gula dan cuka. Gaul sehingga sebati dan bercampur rata.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Mazliza Ahmad
Baca juga: Resipi Kerabu Buah Tembikai ‘Legend’, Lauk Kesukaan Orang Dulu-Dulu