Siapa yang pernah menikmati hidangan kepah ti’beng? Mari cuba resipi kepah masak berlado tempoyak ini. Ukurannya yang besar dan lebar melebihi lala, kerang, dan siput. Dagingnya kenyal dan berisi. Pasti akan membuat selera makan semakin bertambah.
Di Kelantan, hidangan ini dikenali sebagai Kepah Tiijing. Ia dapat dimasak dengan berbagai jenis hidangan. Jika membelinya di luar, harganya agak mahal. Lebih baik memasak sendiri di rumah. Memasak dengan cita rasa pedas akan membuat pengalaman makan semakin nikmat.
Baca juga: Shellout Buat Sendiri Di Rumah, Lagi Sedap Menjilat Jari Dibuatnya!
Resipi ini telah dikongsikan oleh Kunije Tnije. Memasak dengan kepah yang segar akan memberikan rasa yang lebih sedap. Cara memasaknya pun cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.
Kepah mungkin agak sulit untuk dijumpai. Jika di pasaraya pun jarang tersedia. Mungkin perlu pergi ke pasar basah waktu pagi jika hendak mencuba. Namun, bagi yang tinggal di kawasan pesisir laut, pasti sudah terbiasa menemui dan menikmati kepah ini.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara memasak:
1. Tumis semua bahan kisar sampai naik minyak.
2. Masukkan serai dan daun limau.
3. Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram. Tumis lagi.
4. Masukkan kepah tiibeng dan kacau-kacau.
5. Tutup periuk supaya cepat masak. Siap!
6. Bila nak hidang baru perah asam limau.
Selamat mencuba.
Sumber: Kunije Tnije
Baca juga: Tip Pilih Barang Basah Yang Segar, Bila Nak Masak Baru Lebih ‘Confident’
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…