kenali jenis kuih raya

Mari kenali jenis kuih raya lama yang semakin jarang dijumpai ini. Kalau anda tanya pada generasi baru, mesti ramai yang tidak pernah dengar atau mencuba jenis-jenis kuih raya ini. 

Pelbagai jenis kuih raya dapat dilihat tersusun rapi di atas meja ketika berkunjung ke rumah sanak saudara pada hari pertama bulan Syawal. Selain itu, kuih raya pada zaman kanak-kanak tidak dapat dibandingkan dengan kuih raya yang lebih moden pada masa kini.

Ini adalah antara tujuh kuih raya legenda yang sering ditemui di rumah-rumah rakyat Malaysia pada satu ketika dahulu.

Baca juga: Sisi Gelap Buffet Ramadan, Lelaki Dedah Kalau Bayar Lebih RM60 Sebenarnya Scam?

KENALI JENIS KUIH RAYA LAMA YANG JARANG DIJUMPAI

1. Biskut Sampan

kenali jenis kuih raya

Biskut legenda ini kini sudah jarang dibuat dan sukar untuk dijumpai walaupun di kedai-kedai yang menjual kuih raya. Pada masa kecil dahulu, sebelum memakan biskut ini, biasanya akan bermain-main dengan menaruh biskut tersebut seperti sampan di atas meja terlebih dahulu.

2. Biskut Mama Carey

kenali jenis kuih raya

Salah satu biskut yang paling cepat habis adalah Biskut Mama Carey. Namun, kini pembuatannya kurang kerap kerana proses yang rumit dan memakan masa yang lama.

3. Biskut Dam

resipi biskut dam

Rasa yang enak dan kerenyahan biskut ini dapat membuatkan kita makan tanpa sedar. Ada yang suka memakan biskut ini dengan cara menggigit sedikit demi sedikit mengikut warna coklat dan putihnya.

4. Kuih Putu Kacang

kenali jenis kuih raya

Kuih putu kacang biasanya menggunakan kacang hijau sebagai bahan asasnya. Sejak dulu, kuih ini terkenal bukan hanya di kalangan masyarakat Cina, tetapi juga dikongsi oleh masyarakat Melayu.

5. Kuih Buah Rotan

Kuih buah rotan merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu sejak berpuluh tahun dahulu. Bahan utama untuk membuat kuih ini ialah tepung pulut dan telur. Kuih buah rotan ini amat enak dan sesuai dijadikan sebagai hidangan ketika Hari Raya. Kerenyahan kuih ini memang tiada tandingannya!

6. Biskut Suji

Biskut suji mempunyai tekstur yang sangat lembut dan rapuh. Ia menjadi kegemaran kanak-kanak kerana mudah hancur di dalam mulut. Dalam sekelip mata, biskut ini sudah lenyap!

7. Batang Buruk

Resepi Batang Buruk Tradisional | Menggamit Suasana Raya

Kuih batang buruk masih terdapat di pasaran, tetapi rasanya berbeza jika dibandingkan dengan yang dihasilkan pada zaman dahulu.

Jadi, yang mana satu kuih raya ‘lejen’ pilihan hati?

Baca juga: Rahsia Sambal Nyet, Dendeng Nyet Berapi Berjaya, Lelaki Ini Kongsi Pendapat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN