Jom cuba buat resipi trending ini iaitu Daging Enoki Roll ini. Persis makan di restoran Jepun gitu. Mudan dan ringkas cara nak membuatnya.
Bila pergi ke restoran Jepun, kadang-kadang mesti ingin mencuba menu yang disajikan itu di rumah. Anda boleh mencuba salah satu menu di restoran Jepun iaitu beef enoki ini.
Baca juga: Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang
Resepi ini mudah untuk anda ikuti kerana menggunakan sudu penyukat. Anda boleh dapat kuantiti yang banyak mengikut cara yang dikongsikan oleh Cik Puan Angeline Metta ini.
Mari lihat cara-cara penyediaannya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara memasak:
1. Ambil sedikit cendawan enoki, letak di atas daging nipis kemudian gulung.
2. Dalam mangkuk, campurkan kicap manis, kicap, sos tiram, minyak bijan, bawang putih cincang, dan sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Cairkan mentega di atas kuali, masukkan daging enoki tadi. Bakar hingga keperangan.
4. Tuangkan sos ke atasnya, masak sekejap. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan daun bawang. Kacau hingga sebati. Makanan sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba resipi Daging Enoki Roll ini.
Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…
Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…