Categories: Infomasi

Kek Span Basuh Pinggan, Menu Unik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Ada yang berani untuk mencuba Kek Span Basuh Pinggan? Seperti yang semua tahu, kehadiran kek dalam sambutan hari lahir atau majlis jamuan rumah terbuka memang menjadi satu keperluan yang sukar dilupakan.

Namun, sebuah restoran yang terletak di Kuching, Sarawak, iaitu KANTIN, baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penjualannya yang unik – kek yang nampak persis seperti span basuh!

Baca juga: 26 Port Makan Langkawi Yang Menarik, Kaki Foodie Mesti Suka!

KEK SPAN BASUH PINGGAN, MENU UNIK DARI KAFE KANTIN

Restoran ini dikenali dengan penyediaan menu autentik Borneo, dan kek itu merupakan menu terhad yang ditawarkan sempena Hari April Mop.

Menurut Mothership Sg, kek  ini juga telah dijual di Jewel Changi, Singapura, kerana restoran ini mempunyai cawangan di Kota Singa.

Rupa kek ini benar-benar mengelirukan, dengan lapisan atas berwarna kuning dan lapisan bawah berwarna hijau, persis seperti span basuh pinggan.

Walaupun mungkin terlihat menjijikkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi pengunjung yang telah mencuba kek ini, kebanyakan daripada mereka mengatakan kek tersebut memang sedap.

Untuk pengetahuan umum, kek ini sebenarnya diperbuat daripada kek mentega lemon dengan orange marmalade, dan dihiasi dengan buih lemon di atasnya.

Bagi hiasan pinggan, kek ini dihias dengan sirap pandan dan jus limau nipis untuk memberikan kesan visual yang serupa dengan cecair basuh pinggan.

Jadi, walaupun bentuknya menyerupai span basuh, kek ini masih selamat dimakan dan mempunyai rasa yang enak.  Ada sesiapa yang berani hendak mencuba?

Baca juga: Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia? Mat Salleh Ini Dedahkan

Sumber: Mothership Sg

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago