kek sarang semut bakar

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami nak ajak anda buat Kek Sarang Semut Bakar, tapi masak atas dapur gas.

Kek Sarang Semut Bakar yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya di Facebook memang lain dari yang lain. Bukan saja tak perlu perap, malah tak perlu pakai oven. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESIPI KEK SARANG SEMUT BAKAR

kek sarang semut bakar

Bahan-bahan:

Bahan ayak:

  • 100g tepung gandum (1 cawan)
  • 100g tepung ubi (1 cawan)
  • ½ sudu makan baking soda
  • ½ sudu makan baking powder

Bahan karamel:

  • 300g gula pasir
  • 300ml air panas

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak bahan yang diperlukan dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Masak gula pasir dengan api sederhana, jangan kuat takut hangit karamel. Kacau sehingga gula larut dan cair, jangan bagi nampak sedikit pun ketulan gula.

3. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau, jangan tuang sekaligus dan perlu berhati-hati sebab panas.

4. Kacau-kacau sehingga mendidih, kemudian tutup api dan sejukkan dahulu.

5. Guna bekas lain, pukul telur, susu pekat dan esen vanilla dengan whisk lebih kurang seminit atau sehingga sebati.

6. Selepas itu, cairkan buttercup dan ketepikan dahulu.

7. Selepas pukul telur, masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit bersama gula karamel tadi secara berselang-seli dan buat sampai habis.

8. Kacau sehingga sebati, kemudian tuang butter cair tadi sedikit demi sedikit sambil kacau.

9. Nak bakar kek, guna kuali non-stick bersaiz besar supaya mudah masukkan loyang. Sapukan marjerin atau butter pada loyang 9 inci, tapis adunan dan masukkan ke dalam loyang.

10. Panaskan kuali non-stick selama 10 minit dahulu, kemudian bakar kek selama 20 minit. Jangan tutup, biarkan saja membuih dan naik ke atas.

11. Apabila kek sudah nampak kembang membuih, sambung bakar lagi dan tutup kuali. Guna api perlahan saja dan terus membakar selama 45 minit.

12. Setelah kek masak, tunggu sejuk dahulu, barulah boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Jika tiada oven di rumah atau tak berfungsi, anda boleh gunakan alternatif lain dengan membuat Kek Sarang Semut Bakar atas dapur gas dan hasilnya memang lembut berongga.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Kek Sarang Semut Kukus, Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN