Categories: Infomasi

Kek RM1, Macam-macam Perisa Ada, Ramai Serbu Gerai Wanita Ini Dek Harga Tak Masuk Akal!

Pernah jumpa Kek RM1? Selalu jumpa sushi rm1 je. Seperti yang kita sedia maklum, tiada kek yang berharga RM 1 dan kebiasaannya harga yang diletakkan RM 5 ke atas bergantung pada ‘portion’ kek tersebut.

Tidak kiralah sama ada peralatan rumah, bahan memasak ataupun makanan yang dijual oleh para peniaga, turut terkesan sama dengan kos sara hidup yang semakin meninggi tahun demi tahun.

Baca juga: Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak
Baca juga: Jom Buat Kek Batik Milo Park Seo Jun, Hanya Guna 6 Bahan Ini Saja

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan seorang peniaga wanita ini yang menjual kek dengan harga RM 1 sahaja telah membuatkan orang ramai terkejut dan berebut untuk membelinya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @afizahbakery.sp itu, tuan kedai mendapat pujian daripada orang ramai kerana menjual kek yang dibuatnya itu dengan harga yang sangat murah.

Video Penuh:

@afizabakery.sp

Replying to @Lee Tee Kah💜 Projek Kek RM 1 buka hari ni, 12 Februari 2023. Waze Afiza Bakery, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah 😉😉 #kekrm1 #sungaipetani #kek #kekkedah #kedah

♬ original sound – Kak Fiza | Bakery – Kak Fiza | Bakery

Katanya, sampaikan tidak sempat nak susun kek terus dah ramai mahu serbu gerainya.

Difahamkan, sebanyak 1,500 kek habis dijual walaupun gerainya hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

‘Of course’ habis cepat! Siapa sahaja yang tak mahu kek harga RM 1 bukan? Boleh borong macam-macam perisa!

Sudah pasti pemilik gerai kek ini bijak mengatur wang dan strategi untuk mempromosikan keknya itu agar terjual habis bak ‘goreng pisang panas’.

Warga netizen juga suka membeli dan meninggalkan ‘review’ makanan viral, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pembeli untuk datang ke gerainya.

Barangkali, trend ini akan diikuti oleh para peniaga lain seperti ‘trend Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan yang menawarkan harga murah dan mampu milik bagi sesiapa sahaja.

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Apabila melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya bertanyakan lokasi gerai kek RM1 tersebut.

Malah, ada juga yang kecewa kerana gerai itu berada jauh dengan kawasan mereka.

Antara reaksi netizen:


Kalau ada buka area Selangor, roger-roger penulis tau! Nak serbu dulu hiks!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago