kek oren

Mak-mak yang nak buat minum petang semestinya akan memilih untuk membuat kek yang mudah. Salah satu pilihan kek yang disukai ramai ialah Kek Oren yang lembut.

Buat anda yang berasal dari kampung, pasti cukup biasa dengan Kek Oren yang merupakan antara kek kampung lama yang tak pernah lapuk dek zaman.

Walaupun bahan untuk buat Kek Oren ini tak banyak dan ringkas, namun rasanya cukup sedap. Bau oren yang harum semerbak bakal buat anda terliur untuk memakannya.

Jika anda teringin tahu bagaimana rasanya seperti yang dikatakan, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamnira di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Kek Oren Sunquick Paling Mudah, Guna Air Fryer Je Tapi Gebu Elok!

RESIPI KEK OREN

kek oren

Bahan-bahan:

  • 1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (tambah air untuk genapkan secawan)
  • 3 sudu teh sunquick
  • 1 1/2 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • Sedikit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder

Cara-cara:

1. Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.

2. Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam pengisar atau fruit processor.

3. Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan kisar atau putarkan fruit processor sehingga sebati.

4. Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.

5. Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.

kek oren

6. Panaskan oven pada suhu 160ºC dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang.

Anda akan rasa betapa lembut dan gebunya apabila kek ini telah siap. Memang tak puas jika sekadar lihat pada gambar.

Bau daripada Kek Oren yang manis semerbak ini bakal memikat selera dan menggamit nostalgia anda sewaktu di kampung.

Selamat mencuba!

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN