kek marble sukatan cawan

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan lebih mudah, anda boleh guna resipi Kek Marble sukatan cawan ini.

Orang dulu-dulu tak panggil Kek Marble, tapi mereka menyebutnya kek marmar yang terkenal dengan rupanya yang cantik berjalur atau bertompok.

Buat anda yang baru kali pertama membuat kek, boleh cuba resipi Kek Marble sukatan cawan yang dikongsikan oleh Iskandar Muadz di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Cream Frosting Untuk Hias Kek, Sebijik Macam Di Kedai Kek Dulu-Dulu

RESIPI KEK MARBLE SUKATAN CAWAN

kek marble sukatan cawan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan marjerin (nak guna buttercup pun boleh)
  • ¾ cawan gula kastor (nak manis, guna 1 cawan)
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur (saya guna gred A)
  • 1 atau 2 penutup essen vanilla
  • ¼ cawan susu cair (saya guna full cream)
  • Pewarna

*Jika guna tepung kek, tambah baking powder 1 sudu kecil saja.

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan marjerin dan gula kastor dalam satu bekas.

2. Putar gula dan marjerin sampai betul-betul kembang dan kental (langkah ini penting untuk dapatkan kek tinggi dan gebu).

3. Masukkan esen vanilla dan telur (masukkan sebiji demi sebiji). Setiap biji putar dalam anggaran masa 1 minit (saya guna speed 5 untuk mix telur).

4. Boleh masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair. Sambil-sambil itu, kaup bahagian tepi, manalah tahu masih ada tepung di bahagian bawah.

5. Sambung putar sampai siap adunan.

6. Setelah adunan siap, bahagikan untuk diwarnakan (ikutlah nak berapa warna pun).

kek marble sukatan cawan

7. Sapu loyang dengan marjerin dan tabur tepung untuk mengelakkan kek melekat pada loyang (saya guna loyang 10 inci bulat, nak guna petak pun boleh).

8. Mula melapis dengan menompokkan bahagian atas mengikut kreativiti (saya letak sedikit saja adunan hitam, kemudian lorek-lorek dengan lidi, lorek bahagian atas saja, jangan sampai dalam pula nanti banyak sangat bercampur warna).

9. Bakar dengan api atas bawah di rak kedua paling bawah dan setkan suhu 140ºC selama 1 jam 20 minit (ikut oven anda). Setelah itu, boleh potong. Siap!

Cara buat Kek Marble sukatan cawan ini memang mudah. Senang cerita, orang yang tak tahu buat kek pun boleh dapat hasil yang lembut, gebu dan berbau harum.

Selamat mencuba!

Sumber: Iskandar Muadz

Baca juga: Resepi Kek Marble Kampung, Gebu Molek Begini Mesti Ramai Suka Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN