Semasa kecil, kita sering melihat ibu buat kek yang sedap tak terkata di dapur. Antara kek yang paling ramai suka buat adalah Kek Madeline simple yang gebu.
Buat anda yang lahir dalam tahun 70-an, mesti ingat lagi tentang resepi kek ini yang digunakan dalam subjek masakan aliran SRT atau Sains Rumah Tangga di sekolah dulu.
Pada awalnya, Kek Madeline adalah kek butter yang dimasak dalam acuan khas yang dinamakan acuan madeline.
Oleh kerana bentuk acuannya seperti cawan tinggi, ia menyebabkan kek ini dapat rupa khasnya dari acuan tersebut.
Seperti perkongsian Noor Azizah di Facebook, walaupun hanya guna cawan kertas biasa, namun hasil daripada Kek Madeline simple yang dibuat sangat cantik. Jom cuba!
Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik
RESIPI KEK MADELINE SIMPLE
Bahan-bahan:
- 100g butter
- 100g gula kastor
- Sedikit serbuk penaik (supaya kek lebih gebu)
- 100g tepung naik sendiri
- 2 biji telur gred A
- Esen vanila
Bahan-bahan hiasan:
- Jem strawberry
- Kelapa kering
- Ceri
Cara-cara:
1. Pukul gula kastor dan butter sehingga kembang
2. Masukkan telur, esen vanila dan tepung yang telah diayak.
3. Masukkan ke dalam acuan atau cawan kertas (masuk separuh saja sebab nanti kek akan mengembang)
4. Bakar mengikut suhu oven masing-masing.
5. Selepas masak, sapukan jem strawberry dan oleskan di atas kelapa kering, kemudian hias dengan ceri di atasnya. Siap!
Selepas tengok resepi yang mudah ini, pasti anda tak sabar untuk cuba membuatnya. Hasilnya yang gebu memang sedap dimakan.
Senang cerita, inilah kek orang dulu-dulu yang tak pernah dilupakan kerana masih ada yang membuatnya sampai sekarang.
Disapu dengan jem strawberry dan ditabur pula dengan kelapa kering, membuatkan kek ini menjadi kesukaan ramai.
Selain jem strawberry, anda juga boleh gunakan jem blueberry mengikut citarasa yang disukai. Jika tiada idea pencuci mulut, bolehlah buat Kek Madeline simple ini nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Azizah
Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!