Masa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Kek Durian Crepe ni. Makan sejuk-sejuk memang layan.
Guna resipi yang sama juga, anda boleh hasilkan Mille Crepe. Tak perlu susah-susah guna 4-5 jenis tepung. Hanya pakai tepung gandum sahaja.
Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Fazz LiaNa ini, memang mudah dan ringkas untuk dicuba. Hasilnya sama macam yang dijual. Lembut dan nipis. Anda pasti suka.
RESIPI KEK DURIAN CREPE
Bahan-bahan:
- 120 g tepung gandum
- 60 g tepung ubi
- 30 g tepung kastard
- 30 g tepung jagung
- 3 biji telur gred B
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 sudu besar gula halus
- 120 ml susu cair / susu segar
- 450 ml air biasa
- Pewarna kuning
Bahan filling:
- Isi durian
- Whipping cream non dairy
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan, kacau bagi sebati. Kemudian, blend sekejap.
2. Tapis dan buang buih dalam bancuhan sebab ia akan buat kulit crepe berlubang.
3. Ambil 1 senduk tuang dalam kuali non-stick. bila permukaan gelembung boleh angkat. Ulang hingga bancuhan crepe ini habis.
5. Bagi membuat bentuk seperti kek, ambil 1 keping kulit crepe sapu whipping cream dan ratakan letak isi durian. Ulang dan buang sehingga habis.
6. Kemudian, buat hiasan di atas kek ikut citarasa masing-masing. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Bubur Kacang Hijau Orang Kahwin, Campur Dengan Durian Lagi Bertambah Nikmatnya!