Selain aiskrim, kek juga menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut yang sedap. Jika ditanya kek yang paling disukai, semestinya ramai akan jawab Kek Butter Oren yang sedap.
Terdapat banyak variasi Kek Butter yang popular dari zaman 70-an lagi, tapi semestinya takkan ada seorang pun yang menolak untuk makan Kek Butter Oren.
Apa yang membuatkan kek ini diminati adalah kerana teksturnya yang lembab dan gebu bersama aroma wangi oren yang memikat selera.
Ramai tertarik dengan resipi Kek Butter Oren yang dikongsikan oleh Nor Misnor di Facebook kerana bentuk keknya cukup cantik bersama parutan oren. Jom cuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi ‘Teknik’ Buat Kek Butter Kampung Jadi Lebih Sedap
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mixkan gula dan butter sehingga kembang, masukkan telur satu persatu, kemudian putar lagi sehingga gebu.
2. Masukkan tepung, susu cair, oren sunquick, susu pekat dan parutan kulit oren, kemudian kaup dan balikkan sehingga sebati.
3. Masukkan adunan dalam loyang saiz 8 yang telah dialas dengan baking paper dan telah dioles dengan marjerin.
4. Panaskan oven 10 minit terlebih dulu sebelum masukkan kek, kemudian bakar pada suhu 150ºC selama 1 jam atau sehingga masak. Siap!
Jika tiada idea hidangan untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah, anda bolehlah buat Kek Butter Oren yang cukup enak ini.
Setelah keluarkan kek dari oven, anda akan terasa betapa harumnya bau oren yang semerbak. Silap-silap, jiran sebelah rumah pun boleh bau kek anda nanti.
Anda boleh jadikan kek ini sebagai kudapan enak buat seisi keluarga di rumah. Nak makan untuk sarapan atau minum petang pun boleh.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Misnor
Baca juga: Kek Mentega Lembut Dan Gebu, Bila Makan Terasa Cukup Klasik
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…