Categories: Resipi

Kek Batu Marmar Paling Cantik, Gebu & Lembut Yang Cukup Sempurna

Sesiapa yang suka buat kek lembut dan cantik, wajib cuba resipi Kek Batu Marmar yang cukup luar biasa. Bukan saja rupanya menarik, malah lazatnya tak sama macam kek lain.

Kek Batu Marmar merupakan hidangan kek yang sangat menarik kerana bentuknya seakan-akan pasir bersama batu dalam akuarium. Sekali pandang, boleh terpikat selera dibuatnya.

Eyka Hewitt telah kongsikan hasil Kek Batu Marmar di Facebook yang hasilnya cukup mengagumkan sampai ramai bertanya tentang resipinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Asam Manis Versi Kukus, Ini Teknik Nak Buat, Memang Mudah!

RESIPI KEK BATU MARMAR

Bahan-bahan:

  • 450gram mentega (jenama Anchor, tapi saya guna Tatura)
  • 165gram gula kastor
  • 10 biji telur A
  • 170gram kaya Yeo’s
  • 100gram susu pekat
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 100gram tepung gandum
  • 200gram Horlicks (tepung dan Horlicks diayak bersama)
  • 100gram susu tepung
  • 100gram serbuk coklat minuman (contohnya Vico, saya guna Milo dan tambah 3 sudu besar Nutella)
  • 4 sudu kecil browning sugar (saya guna pewarna coklat)

Cara-cara membuat kek batu marmar:

Langkah 1:

1. Pukul butter dan gula sehingga kembang putih. Masukkan telur satu demi satu.
2. Masukkan seri kaya dan susu pekat,pukul sebati.
3. Masukkan vanilla, tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit.

Langkah 2:

Timbang keseluruhan adunan di bekas lain. Bahagikan adunan kepada 2 (guna calculator). Contoh: jika berat keseluruhan bahan (tak termasuk berat bekas) ialah 1720g bahagi 2 = 860g.

BEKAS A – dicampur serbuk coklat minuman kegemaran, coklat cair dan browning sugar (atau pewarna hitam)

BEKAS B –

1. Campur dengan susu tepung, putar dengan kelajuan perlahan atau sederhana laju cukup untuk membuat adunan sebati saja.

2. Dibahagikan (menggunakan penimbang dan kalkulator) kepada beberapa bahagian dengan warna pilihan. Cling wrap atau pembalut plastik.

Warna = merah atau pink, kuning, hijau dan dark purple.

3. Kukus berasingan 45 minit dan potong dadu. Loyang 6×6 atau bekas makanan yang sama saiz atau guna bekas makanan seperti dalam gambar. Pastikan bekas tahan panas.

Cara-cara mengukus kek batu marmar:

1. Tuangkan separuh adunan A. Susun ketulan coklat bar di atas keseluruhan permukaan adunan, tak perlu ditekan-tekan.

2. Susun kek kukus B dan tekan-tekan sedikit agar sedikit tenggelam.

3. Cling wrap loyang dengan satu atau dua lapis, biar kuat dan tak bocor atau adunan tak dimasuki air dari wap kukusan.

4. Lapisan pertama dikukus selama 1 jam 15 minit.

5. Ulang langkah pengukusan lapisan pertama Dan cling wrap. Lapisan kedua 1 jam 45 minit.

6. Setelah masak, sejukkan 1 atau 2 jam, kemudian masukkan dalam peti sejuk, rehatkan beberapa jam atau semalaman dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Bagi memastikan Kek Batu Marmar ini tahan lama, jangan biarkan kek terbiar di luar atau atas meja. Lebihan kek yang belum dimakan, boleh terus simpan dalam peti sejuk.

Kek Batu Marmar ini boleh dipanaskan semula dengan mengukusnya sebentar atau guna microwave sekejap saja. Nak biarkan defrost begitu saja pun b0leh.

Selamat mencuba!

Sumber: Eyka Hewitt

Baca juga: Kek Coklat Puding Karamel Versi Kukus, ‘Moist’ Sangat Sampai Cair Di Mulut

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago