Categories: Resipi

Resipi Kek Batik Strawberi, Kombinasi Rasa Masam Manis Yang Cukup Sempurna

Kek batik strawberi ini bukan sahaja memikat mata dengan lapisan cantiknya, tetapi juga memikat selera dengan kombinasi rasa cream cheese dan strawberi yang sempurna.

Sangat sesuai untuk pencuci mulut atau hidangan petang. Masih sempat lagi untuk anda membeli bahan-bahan kek batik ini.

Jom buat petang ini, ikut sahaja resipi penuh di bawah ini yang dikongsikan menerusi laman sosial TikTok milik Cik Puan Rosienunaa.

Baca lagi: Resipi Gulai Ikan Temenung ‘Power’, Kuah Pekat Memang Terbuka Selera!

RESIPI KEK BATIK STRAWBERI

Bahan-Bahan:

Untuk Kek Batik:

  • 1/3 cawan butter
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 80ml susu full cream
  • 1 biji telur (optional)
  • 200 gram strawberry compound
  • 250 gram biskut Marie (dipatah-patahkan)

Untuk Lapisan Cream Cheese:

  • 100 gram cream cheese
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan non-dairy whipping cream

Untuk Strawberry Topping:

  • 200 gram strawberry compound
  • 100ml dairy whipping cream
  • 1 sudu besar butter

Cara Penyediaan Kek Batik:

1. Double boil 80ml susu full cream bersama 200 gram strawberry compound sehingga cair sepenuhnya.

2. Dalam periuk lain, cairkan 1/3 cawan butter. Masukkan 1/4 cawan susu pekat dan kacau hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan coklat strawberi yang telah dicairkan tadi dan kacau hingga semuanya sebati.

4. Matikan api, masukkan 1 biji telur (optional), kacau rata, dan hidupkan api semula. Kacau selama seminit sebelum mematikan api kembali.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul hingga semua biskut bersalut dengan campuran coklat.

6. Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 6×6 inci dan mampatkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek keras.

Cara Penyediaan Lapisan Cream Cheese:

1. Pukul 100 gram cream cheese bersama 2 sudu besar susu pekat hingga sebati.

2. Masukkan 1/2 cawan non-dairy whipping cream dan pukul sehingga campuran menjadi kental.

3. Sapukan lapisan cream cheese di atas kek batik yang telah sejuk tadi. Kembali simpan dalam peti sejuk.

Cara Penyediaan Strawberry Topping:

1. Double boil 200 gram strawberry compound, 100ml dairy whipping cream, dan 1 sudu besar butter sehingga semua bahan cair dan sebati.

2. Biarkan topping ini sejuk seketika sebelum dituangkan di atas lapisan cream cheese.

3. Sejukkan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tip:

Jika tidak mahu lapisan ganache terlalu tebal, boleh bahagikan sukatan topping ini kepada dua.

Video penuh:

@rosienunaa

since ramai request nak kek batik ni so kita tryyy. KEK BATIK STRAWBERI 🍓 ~ kek batik ~ 1/3 cawan butter 1/4 cawan susu pekat 80ml susu full cream 1 biji telur (optional) 200gram strawberry compound 250gram biskut marie dipatahkan double boil susu full cream dengan strawberi compound terlebih dahulu. cairkan butter. letak susu pekat. masukkan coklat yang dah di double boil tadi. kacau sebati. tutup api. masukkan sebiji telur, kacau sebati then buka api balik. kacau lagi untuk seminit. tutup api dan masukkan biskut marie. gaul sampai semua biskut bersalut. masukkan dalam loyang 6×6 inci. mampatkan dan sejukkan dalam peti. ~ cream cheese ~ 100gram cream cheese 2 sudu besar susu pekat 1/2 cawan non dairy whipping cream mix cream cheese dengan susu pekat sampai sebati. masukkan non dairy whipping cream, mix sampai kental. letak atas kek batik tadi. sejukkan balik dalam peti. ~ strawberry topping ~ 200gram strawberry compound 100ml dairy whipping cream 1 sudu besar butter double boil semua bahan ni. tunggu sejuk sikit baru tuang atas creamcheese tadi. **kalau tak nak buat layer ganache tu tebal boleh bahagi 2 sukatan ni sejukkan dulu semalaman atau sekurangnya 8 jam baru potong. #kekbatikstrawberi #kekbatik

♬ darling – ʚɞ

 

Sumber: Rosienunaa

Baca lagi: Cara Buat Pancake Pisang Mudah Guna Sukatan Sudu, Tak Perlu Timbang!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago