Categories: Resipi

Resipi Daging Goreng Kunyit, Cara Cepat Tapi Janji Tak Liat!

Siapa yang tak suka resipi daging goreng kunyit? Hidangan ini bukan sahaja mudah, tetapi juga cepat untuk disediakan. Bahan-bahannya juga ringkas dan cara masak yang tak memerlukan masa yang lama.

Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam, lebih-lebih lagi bila masa terdesak nak siapkan makanan dengan pantas!

Jom baca resipi penuh daging goreng kunyit di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Acar Pisang, Lauk Kampung ‘Rare’, Kena Guna Pisang Jenis Ini

RESIPI DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Daging (dipotong ikut kesukaan, kecil atau besar)
  • 2 biji bawang besar (lebih banyak lebih sedap!)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili hijau
  • 5 batang kacang buncis
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

1.  Masukkan daging terus ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tiada minyak diperlukan pada peringkat ini.

2. Kacau sehingga daging bersalut sepenuhnya dengan kunyit. Masak sehingga daging menjadi empuk. Jika daging belum cukup empuk, tambahkan sedikit air panas dan masak hingga air benar-benar kering.

3. Setelah air daging kering, masukkan sekitar 3-4 sudu besar minyak masak. Goreng sekejap sehingga daging nampak garing sedikit.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa untuk menaikkan rasa daging goreng kunyit ini.

5.  Setelah daging mula garing, masukkan bawang besar yang dihiris, bawang putih yang diketuk, serta cili merah dan cili hijau yang dipotong. Kacang buncis dimasukkan sebagai bahan terakhir, supaya kekal rangup.

6. Kacau semua bahan hingga sebati dan masak. Bila semuanya sudah sebati dan bawang serta kacang buncis layu sedikit, hidangan anda sudah siap!

Selamat mencuba!

Sumber: HasnieZa Nor

Baca lagi: Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Ala Pasar Malam, Boleh Makan Puas-Puas!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago