Categories: Resipi

Kek Batik Matcha Indulgence, Rasa Pahit Manis ‘Matcha Lovers’ Wajib Cuba!

Peminat matcha wajib cuba Kek Batik Matcha ini. Rasanya yang pahit dan manis pasti dapat memikat hati anda!

Selalunya kita hanya makan kek batik coklat kan? Kek batik coklat ini juga mudah didapati di mana-mana kedai.

Untuk mencuba kelainan, apa kata jom cuba kek batik matcha ini pula. Barulah lain dari lain!

Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

RESIPI KEK BATIK MATCHA

Bahan-bahan lapisan pertama:

  • 340g biskut marie
  • 120g  atau 1/2 cawan salted butter (cairkan)
  • 50g atau 1/3 cawan horlicks
  • 60g atau 1/2 cawan susu tepung full cream
  • 40g atau 2 sudu besar susu pekat
  • 18g atau 3 sudu besar + 2 sudu kecil serbuk matcha
  • 180ml atau 3/4 cawan susu penuh krim (suam)
  • 1 biji telur

Bahan-bahan lapisan kedua:

  • 200g cream cheese
  • 40g atau 2 sudu besar susu pekat
  • 300ml atau 1 1/4 cawan whipping cream (sejuk)
  • 1 sudu kecil serbuk vanilla atau esen vanilla

Bahan-bahan lapisan ketiga:

  • 6g serbuk matcha
  • 120ml whipping cream
  • 30ml susu penuh krim
  • 250g white chocolate

Cara-cara buat lapisan pertama (kek batik):

1. Dalam cawan, satukan susu penuh krim dan serbuk matcha. Ketepikan.

2. Cairkan butter dalam kuali. Bila butter dah cair, tutup api.

3. Kemudian, masukkan susu pekat, susu tepung full cream, horlicks serta campuran susu dan serbuk matcha tadi. Adun sebati.

4. Seterusnya masukkan juga sebiji telur. Hidupkan api sederhana, kacau adunan selama 4 hingga 5 minit. Tutup api.

5. Masukkan biskut marie yang sudah dipatah-patahkan. Gaul sehingga semua adunan bersalut pada biskut.

6. Kemudian letakkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang sudah dilapik dengan baking paper.

7. Ambil plastik, letakkan ke atas adunan dan tekan adunan sehingga mampat. Sejukkan di dalam peti ais.

Cara-cara buat lapisan kedua (indulgence):

1. Untuk membuat lapisan cheese pula, satukan cream cheese, susu pekat dan serbuk vanilla.

2. Putar sehingga adunan lembut dan masukkan whipping cream. Putar lagi sehingga kembang (stiff peak).

3. Tuangkan ke atas lapisan kek batik dan ratakan. Sejukkan di dalam peti ais.

Cara-cara buat ketiga (white chocolate matcha ganache):

1. Satukan serbuk matcha dan susu penuh krim. Kacau sebati.

2. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi whipping cream. Kacau sebati.

3. Seterusnya masukkan white chocolate dan panaskan di dalam microwave selama 80 hingga 90 saat sehingga cair sepenuhnya.

4. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke atas lapisan indulgence tadi. Pusingkan loyang untuk ratakan coklat.

5. Sejukkan selama 5 hingga 6 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Selamat mencuba!

Lihat video penuh:

@nahlahrsl

Kek Batik Matcha Indulgence 🍵 Perfect balance of sweetness and bitterness, a must try recipe for matcha lovers! 🫶🏻 Kek Batik Matcha Layer 340g Marie biscuits 120g (1/2 cup) salted butter (melted) 50g (1/3 cup) Horlicks 60g (1/2 cup) full cream milk powder 40g (2 tbsp) condensed milk 18 (3 tbsp + 1 tsp) matcha powder 180ml (3/4 cup) whole milk (warm) 1 egg Cream Cheese Layer 200g cream cheese 40g (2 tbsp) condensed milk 300ml (1 1/4 cup) cold whipping cream White chocolate matcha ganache 250g white chocolate 120ml (1/2 cup) whipping cream 30ml (2 tbsp) whole milk (warm) 6g (1 tbsp) matcha powder *I’m using 8”x8” removable bottom pan for this recipe. *If you’re not a fan of Horlicks or they’re not available in your country, you can replace them with milk powder.

♬ original sound – nahlahrsl – nahlahrsl

Kredit: nahlahrsl

Baca juga: Kek Batik Gulung Mudah Dipotong, Jimat Ruang Simpan Dalam Peti

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

16 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

16 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

16 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

16 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

17 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

19 hours ago