Siapa yang suka makan kek lapis Apollo perisa coklat pasti tahu berapa sedapnya kek ini. Makan satu bungkus memang tak cukup!
Rupanya mudah saja kalau ada yang nak cuba buat kek ini di rumah. Buat guna saiz berloyang besar terus, boleh makan sepuas hati.
Cara penyediaannya juga cukup mudah dan hanya menggunakan bahan basic yang senang didapati di mana-mana kedai barang kek.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!
RESIPI KEK APOLLO COKLAT
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin (empunya resipi guna cap pelangi)
- 1 cawan gula halus (kurangkan jika tak suka manis)
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
- Putar marjerin bersama gula dan esen vanilla sehingga bertukar, putih, gebu dan kembang.
- Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sehingga betul-betul kembang.
- Kemudian, masukkan susu pekat dan gaul manja.
- Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Kacau guna senduk sehingga sebati.
- Panaskan oven selama 10-15 minit. Kemudian, masukkan loyang dan bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160° selama 45 minit.
- Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan sejukkan.
- Cairkan coklat guna teknik double boiler dan ratakan ke atas kek yang sudah sejuk.
- Selamat mencuba!
Kredit: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Kek Coklat Moist Tanpa Tepung Gandum, Resipi ‘Gluten-Free’ Ini Pasti Ramai Suka!