Categories: Informasi

Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5

Sejak beberapa minggu pelancarannya, dilihat semakin ramai peniaga mula tawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Terbaharu, pengusaha kedai Tomyam pula antara yang mula menawarkan Menu Rahmah tersebut. Wow!

Menerusi hantaran Facebook Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub miliknya berkata, perkenalan kepada Program Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai peniaga.

Baca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah
Baca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu
Baca juga: Berita Baik! Aplikasi Menu Rahmah Bakal Dibangunkan Kerajaan

Malah, usaha itu turut mendapat perhatian daripada pengusaha-pengusaha kedai tomyam. Beberapa kedai tomyam sudah mula menawarkan Menu Rahmah.

“Selepas ini, kalau ada yang pergi kedai tomyam, bolehlah merasa keenakan Menu RAHMAH.

“Boleh beli untuk diri sendiri. Boleh juga beli untuk diberi pada yang memerlukan,” tulis beliau di hantaran Facebook miliknya.

Kedai-kedai tomyam di beberapa negeri telah mula menawarkan Menu Rahmah mereka. Jom kita tengok senara lokasi di bawah;

Sumber: Facebook

Beberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak antara yang terawal mula perkenalkan menu tersebut.

Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah turut menarik minat sektor lain.

Ini termasuk sektor perubatan yang menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.

Jelas Datuk Seri Salahuddin Ayub, terdapat dalam kalangan doktor perubatan yang mempunyai klinik persendirian berhasrat menyediakan Klinik Rahmah menawarkan pakej keluarga bagi golongan B40 dengan harga berpatutan.

“Bagi menjalankan idea ini, pihak kami perlu adakan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbincang dan menjayakan (Klinik Rahmah) sekiranya benar ada doktor ingin klinik mereka memberi Perubatan Rahmah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha restoran makanan segera susulan permintaan keluarga yang ingin menyantuni anak mereka dengan makanan itu.


Wah! dah makin ramai peniaga tomyam sahut program ini, min suka!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

5 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

5 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

5 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

6 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

7 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

7 hours ago