Siapa je tak suka kek kan? Dah la manis dan lembut, memang sedaplah kalau makan. Haa kalau anda pecinta kek, ini adalah berita baik untuk anda. Di Cameron Highland, ada sebuah kedai kek viral yang menjual pelbagai jenis kek tau. Sebut je nak kek apa semua ada. Nama kedai ini adalah Kedai Kek Pak Tam.
Sebuah akaun di Twitter @syeerayahaya, ada berkongsi sebuah kedai yang bernama Kedai Kek Pak Tam. Kedai ini sudah pun viral di Twitter dan mendapat sambutan yang hangat.
” Wehhh sebenarnya mesti ramai kan yang dah tahu kewujudan Kedai Kek Pak Tam, Brinchang ni! Aku datang pun sebab dah viral ”
“ Memang patut ler viral sebab memang sedap pungggg. So ni yg aku dah bedal dan sempat jugaklah repeat ”
Kek yang dijual di sini diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang agak besar. Dan yang bestnya, harga kek di sini sangatlah murah tau! 1 bekas berharga RM13 dann kalau anda beli 5 untuk RM60 sahaja. Memang berbaloi.
” 100% ecommended. Dia lebih moist and bila kunyah dia macam berlemak di mulut lepastu terus turun bawah pergi beli lagi dua bekas (kedai dia dekat bawah apartment yg kitorg sewa je) “
” Yang ni lah yg aku order first sekali. Sebab ingatkan rasa dia macam yang hanjuku yg dekat Family Mart tu. tapi rupanya dia kurang moist dari Parmesan. Bila kunyah dia light light je ”
” Siapa je yang tak suka signature Secret Recipe ni haha. Tapi jangan expect tinggi la. Yang layer tengah tu instead of creamy ice cream macam kat SR, yang ni memang fully cream cheese dia letal kat tengah tengah ”
” Sedap! Moist moist gittew. Tak kering. Just nice. Wajib ambil kalau nak beli combo 5 pack tu. recommended. Ni aku repeat kali kedua before balik rumah ”
” Aku beli ni sebab aku mmg suka giler kek lobak. Tapi….. biasalah langit tak selamanya cerah. Biasa biasa je. Aku beri 4/10 ”
Nampak menarik kan kek yang dijual di sini? Haa jadi kalau anda yang berminat dengan kek, jangan lepaskan peluang ini untuk borong semua jenis kek! Memang dijamin berbaloi.
Sumber: @syeerayahaya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…