Daun pisang sangat sinonim dalam masakan Melayu di Malaysia. Tak ramai yang tahu, sebenarnya ada kebaikan daun pisang yang digunakan untuk membungkus makanan.
Bukan saja nasi lemak, malah kuih-muih tradisional seperti tepung pelita, koci, lepat, nagasari serta pulut panggang turut menggunakan daun pisang.
Buat pengetahuan anda, daun pisang juga boleh digunakan untuk bungkus makanan sewaktu memasak seperti ikan bakar. Jadi, tak hairanlah banyak kedai makan yang menggunakannya.
Daun pisang saba sering digunakan untuk balut kuih-muih, manakala daun pisang latundan untuk bungkus nasi lemak. Selain itu, daun pisang kapas pula digunakan untuk lemang.
Berikut merupakan antara kebaikan daun pisang untuk bungkus makanan yang anda perlu tahu, barulah hidangan jadi lebih beraroma nanti. Jom kita tengok!
Baca juga: Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!
1. Memperkayakan aroma dan rasa makanan.
Boleh dikatakan semua orang tahu tentang kesan aroma daun pisang yang dapat memberikan kelainan dan kesedaran dalam setiap juadah yang dihasilkan.
Dengan adanya daun pisang digunakan untuk bungkus makanan yang masih panas, apabila dibuka, ia akan menambahkan lagi kelazatan makanan tersebut.
2. Sebagai pelindung semula jadi.
Orang tua-tua kata, jika nak kekalkan kesegaran makanan yang dibungkus, daun pisang adalah pilihan paling tepat untuk digunakan.
Hal ini disebabkan sifat semula jadi pada daun pisang yang mempunyai permukaan berlilin menjadikan ia alat bungkusan paling efektif dalam melindungi makanan.
Selain digunakan sebagai pembungkus, ia juga sekaligus telah membantu untuk menutup makanan daripada terdedah. Justeru, nak makan pun rasa lebih selamat.
3. Tiada bahan kimia padanya.
Daun pisang didapati daripada pokok pisang, iaitu sumber alam semula jadi, maka ia takkan menghasilkan sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna.
Sebenarnya, kadar antioksidan yang terdapat pada daun pisang berperanan dalam melindungi serta memperlahankan proses kerosakan yang berlaku pada makanan.
4. Dijamin mesra alam sekitar.
Disebabkan sifatnya yang semula jadi, penggunaan daun pisang dalam pembungkusan makanan juga secara tak langsung menyumbang pada kelestarian alam sekitar.
Hal ini kerana daun pisang adalah bahan yang lebih mudah untuk dilupuskan berbanding bungkusan yang diperbuat daripada plastik.
5. Lebih murah.
Penggunaan daun pisang jauh lebih murah daripada plastik. Oleh itu, penanaman pokok pisang amat digalakkan bagi menggantikan pembungkus makanan plastik.
Itulah antara kebaikan daun pisang untuk bungkus makanan. Selepas ini, bolehlah rajinkan diri untuk praktikkan guna daun pisang di rumah pula.
Semoga bermanfaat!
Sumber: nasilemak_ummi
Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!
Pernah tak terliur tengok sos pencicah Thailand yang merah menyala dekat restoran Thailand? Rasa pedas,…
Pasti ramai suka makan ubi getuk yang lemak manis, rangup di luar dan lembut di…
Biasanya kita dengar orang buat kek indulgence, tapi kali ini lain dari yang lain. Baru-baru…
Resepi chicken tenders ini memang mudah! Tak perlu bahan yang banyak pun, cuma guna beberapa…
Setelah penat seharian di luar, mesti tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Nak lebih mudah,…
Sedapnya gulai ikan! Tapi pernah tak terfikir, kenapa ada gulai ikan yang rasanya biasa-biasa je…