Hari ini kami ingin berkongsi resipi kaya ball yang mudah dan tidak memerlukan mixer atau blender. Anda hanya memerlukan acuan, seperti acuan takoyaki atau acuan cara.
Resipi ini juga boleh digunakan untuk membuat pancake. Hasilnya sangat lembut dan pasti menjadi kesukaan ramai.
Jadi, kalau anda craving kaya ball boleh je buat di rumah yang pasti sedap dan berbaloi!
Baca juga: Resipi Tart Telur Anti Hanyir, Kena Ikut Sebiji-Sebiji Baru Jadi
1. Satukan bahan bertanda (*) iaitu garam, gula halus, susu segar, telur, butter cair, dan esen vanila dalam satu mangkuk. Kacau sehingga sebati menggunakan whisk.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder ke dalam campuran tadi. Kacau lagi sehingga tepung tidak berketul.
3. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
4. Sapukan sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
5. Picitkan separuh adunan ke dalam acuan kemudian picitkan sedikit kaya di tengahnya. Tambahkan lagi adunan sehingga acuan penuh.
6. Tutup acuan menggunakan penutup periuk dan biarkan selama 3 minit.
7. Kemudian alihkan kaya ball tadi dan biarkan lagi selama 3-5 minit sebelum diangkat.
Dah siap! Jom cuba!
Sumber: Nuhaz Kitchen
Baca juga: Kek Chiffon Oren Gebu, Resipi Terlajak Mudah Guna Sukatan Cawan
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…