Ada yang suka makan kari sotong tumis darat? Sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas tu kan.
Tumis darat ialah cara masakan ramuannya ditumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis.
Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!
Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad dari laman Facebook ini. Tengok dari gambar saja pun memang dah nampak mengiurkan lauk kari ini.
Alhamdulillah, semua sotong akak bertelur hari ini. Ini resipinya yang boleh dicuba.
Bahan-bahan:
Bahan tumis darat:
Cara-cara memasak:
1. Tumis semua bahan hiris dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan
2. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.
3. Masukkan 2 gelas air.
4. Masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk. Kalau belum empuk, boleh tambahkan air lagi.
5. Masukkan garam,perasa, gula dan asam keping.
7. Masukkan sotong dan santan. Bila dah nampak sotong masak, Baru masukkan tomato dan cili belah. Tutup api
8. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya
Resepi bergedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai…
Kami akan kongsikan resipi ayam goreng bawang putih yang menggunakan teknik brine iaitu merendam ayam…
Ketika membeli sayur, pasti pernah lihat sayur kailan yang serupa dengan sawi. Sebenarnya, senang saja…
Buat penggemar agar-agar, kali ini apa kata jom cuba resepi jelly buah yang mudah, sedap…
Cuaca yang panas membuatkan tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Membuat juadah resipi bihun goreng tomyam ini adalah pilihan sempurna untuk majlis besar atau jamuan…