kari kepala ikan

Penggemar lauk Kari Kepala Ikan sila hadir. Jom kita buat menu ini tapi style mamak punya. Memang tak pakai santan tapi kuah masih padu!

Kari kepala ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada menggunakan santan ataupun tidak. Untuk resipi kali ini, kita akan ikut follow sebiji-sebiji resipi dari kedai mamak yang ada di Malaysia ini. 

Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi 

Kari ini merupakan masakan yang cukup terkenal di negara India. Hidangan ini telah menjadi salah satu masakan yang sangat digemari rakyat Malaysia mahupun Singapura.

Seperti yang kita tahu, resipi ini sangat popular menggunakan kepala ikan merah. Tetapi korang boleh saja mempelbagaikannya mengikut cita rasa masing-masing.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Munirah Mun melalui laman facebooknya. Nampak cantik gambar kuah kari kepala ikan yang dikongsikan beliau.


RESIPI KARI KEPALA IKAN STYLE MAMAK

Hari ini rajin sikit kita masak kari kepala ikan mamak style tanpa santan. Suami request nak makan kari ni. Nanti boleh cuba.  

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan merah
  • Bawang merah 6 biji – dimayang
  • Bawang putih 10 ulas – dimayang
  • Tomato 2 biji – potong dadu
  • Daun kari 3 tangkai
  • 2 sdb Halba campur
  • 1 sdb jintan manis 
  • 3 sdb serbu kari ikan 
  • 1 sdb serbuk cili 
  • 1 sdk pes asam jawa 
  • Bendi
  • Cili besar
  • Garam
  • Perasa
  • Gula – optional

Cara-cara memasak:

1. Tumis halba campur, jintan manis, bawang merah, bawang putih sampai naik wangi.

2. Masukkan daun kari, cili merah dengan tomato yang dipotong dadu. Masak sampai tomato jadi hancur sedikit.

3. Bila tomato dah hancur, masukkan rempah kari dan serbuk cili.

4. Masukkan air, kemudian kepala ikan merah yang sudah dibersihkan

5. Masukkan bendi dan letak garam, perasa, gula sedikit.

6 . Tunggu sehingga ikan masak dan apabila kuah dah mendidih, siap! Kuantiti kuah ikut selera masing-masing.

kari kepala ikan


Kuah kari tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sedang-sedang je. Nampak merah kuahnya, minyak pula elok je berlinangan. Ini baru dia kari kepala ikan style mamak. Rugi tak cuba tau!

Makan dengan nasi putih panas-panas memang seronok. Tak toleh kiri kanan, pasti bertambah nasi dibuatnya. Hidangan yang lengkap dengan ikan dan sayur-sayuran seperti bendi dan tomato. Rasanya nak masukkan terung pun tak salah kan.

Selamat mencuba! 

Baca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN