Resipi kari kambing mamak memang sedap dan menjilat jari dibuatnya. Biasanya, ia disajikan sebagai hidangan utama dengan nasi, lempeng, atau roti.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan Kari Kambing, dan salah satu versi yang paling disukai oleh banyak orang adalah Kari Kambing Mamak.
Baca juga: Mee Rojak Style Mamak Cara SIMPLE, Sekali Dengan Resipi Kuah
Kari ini umumnya dipengaruhi oleh gaya masakan dari wilayah Selatan India, dan cenderung lebih pedas daripada varian kari dari wilayah Utara India.
Berikut adalah resipi untuk memasak 1kg daging kambing, berkongsi petua dari Mamak Haji yang mahir dalam seni memasak ini.
Bahan-bahan:
Pes rempah kisar halus dengan sedikit air:
Bahan rempah ratus:
Rempah serbuk bancuh dengan sedikit air:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan cuka, garam 1/2 sudu kecil,1 sb pes rempah kisar, 1 sb serbuk cili dan serbuk kunyit, sebatikan bahan2 & sapukan/gosokn pd permukaan daging kambing.
2. Peramkan daging tadi semlman/2 jam paling kurang dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk atau kuali.
4. Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah. Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.
5. Masukkan pes rempah serbuk. Biarkan semua campuran ini masak hingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkan semua kandungan air dalam pes itu telah sejat dan telah masak.
6. Masukkan daging. Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.
7. Tambahkan air secukupnya paras tenggelam daging. Renehkan, kacau selalu selama satu jam atau hingga daging empuk.
8. Masukkan tomato, santan dan perasakan secukupnya dengan garam. Siap!
Nota tambahan:
Daging kambing ini, jika tidak dimasak dengan cara yang betul, akan kurang sedap untuk dimakan kerana baunya yang kuat. Cara yang anda boleh gunakan adalah dengan merebus daging kambing bersama daun pandan, halia, sedikit garam sehingga empuk. Teknik ini sangat berkesan apabila ingin memasak nasi arab kambing atau sup. Bagi hidangan kari pula, perapkan daging dengan rempah-rempah sebelum memasaknya, yang mana dapat mengurangkan bau hamis kambing.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Sumber: Mamak Haji
Baca juga: Resipi Papadom Macam Mamak Guna 5 Bahan, Nipis Dan Rangup Hasilnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…