Menu tengah hari paling mudah, mestilah Kari Ikan. Mak-mak kat sini ada yang pernah buat kari tanpa santan tak?
Biasanya untuk jadikan kuah pekat dan berlemak dalam kari, tentulah dengan memasukkan santan.
Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi
Bagaimana bagi mereka yang alah dengan santan? Kasihan jika mereka tak dapat makan kari walaupun sekali.
Tak perlu khuatir kerana kari tetap sedap dimasak tanpa guna santan sekalipun.
Perkongsian Kari Ikan oleh Murni Rahmat di Facebook ini walaupun tanpa santan, kuahnya pekat dan sedap berlemak.
RESIPI KARI IKAN TANPA SANTAN
Bahan-bahan:
- Ikan (tak kisah jenis apa pun)
- 3 biji bawang besar
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu halba campur (tak wajib)
- 5 sudu besar rempah kari ikan
- 1 tangkai daun kari
- 1 cawan air asam jawa
- 1 biji tomato kisar
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan halba campur selama beberapa saat. Hati-hati sebab bahan-bahan ini meletup sikit.
3. Tumis pula bawang sampai naik bau.
4. Bila mengering, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan sebiji tomato dikisar halus, biarkan merenih sampai pecah minyak lagi.
6. Masukkan air asam jawa. Dah mendidih, boleh masukkan ikan. Biarkan dimasak lebih kurang 5 hingga 10 minit lagi.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
Diingatkan supaya tidak selalu usik ikan agar tidak hancur. Lebih mudah jika guna kuali besar.
Anda boleh guna apa-apa jenis ikan untuk resipi ini. Dijamin ia pasti memikat selera keluarga anda.
Ia sesuai dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari dan malam. Memang bertambah nasi dibuatnya.
Selepas ini mak-mak tak perlu panik jika tiada santan di rumah. Boleh guna resipi ini sebagai panduan. Selamat mencuba!
Sumber: Murni Rahmat
Baca juga: Sedap Rupanya Kari Ikan Sardin, Ini Cara Masak Paling Simple Tanpa Guna Santan