Categories: Resipi

Resipi Kari Ikan Jenahak, Rasa Kuah Yang Cukup Padu Dan Pekat

Resipi hari ini adalah kari ikan jenahak yang dikongsikan oleh saudara Veera Saravanan. Kalau kaum India yang kongsikan resipi kari, memang tak ragui lagi kesedapannya.

Kalau kaum Melayu lauk kari mesti perlu dipadankan dengan sambal belacan. Tetapi berlainan dengan kaum India yang gemar makan bersama raita timun.

Jom tengok resipi yang terlalu sedap sehingga menjilat jari di bawah ini.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Berlado, Masak Macam Ini Memang Terlajak Sedap!

RESIPI KARI IKAN JENAHAK

Bahan Tumis:

  • Halba atau halba campur
  • Biji sawi
  • 10 ulas bawang putih, dikupas
  • Daun kari

Bahan Sayur:

  • Terung bulat dan bendi, dilumur kunyit dan digoreng seketika
  • Tomato, dipotong dan diketepikan

Bahan Basah:

  • Santan nipis
  • Serbuk kari ikan
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili (jika mahu pedas)
  • Garam secukupnya

Campurkan semua bahan basah dalam satu bekas. Sediakan juga air asam dalam bekas berasingan. Ikan jenahak yang telah dibersihkan, juga disediakan.

Cara Memasak:

1. Tumis bahan tumis dalam minyak hingga wangi dan biji sawi meletup.

2. Masukkan campuran bahan basah dan biarkan mendidih.

3. Masukkan sayur yang telah digoreng dan ikan. Jangan kacau terlalu banyak, biarkan mendidih.

4. Masukkan air asam dan biarkan mendidih seketika.

5. Akhir sekali, masukkan tomato dan periksa garam secukup rasa.

Kari ini sedap dihidangkan bersama taugeh goreng kilas atau raita timun.

Jika menggunakan ikan sungai, boleh tambahkan sedikit halia untuk menghilangkan bau hanyir.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kunafa Coklat Viral, Siap Dengan Sos Pekat Likat Yang Meleleh!

Sumber: Veera Saravanan

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

3 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

3 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

3 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

3 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

3 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

3 days ago